Video Tergempar Buat SPR




Seorang saksi di Tribunal Rakyat anjuran Bersih 2.0 hari ini mendedahkan bukti video pengundi dibayar untuk mengundi Barisan Nasional (BN) di Sabah.

Video yang didakwa diambil di Libaran itu menunjukkan ketua kampung di kawasan berkenaan menyerahkan wang tunai RM200 kepada pengundi selepas mereka mengangkat sumpah akan mengundi BN.



"Berdasarkan pengamatan saya, video ini menunjukkan ketua kampung memberi duit kepada pengundi dan meminta mereka bersumpah untuk mengundi BN," kata Akmal Nasir, Pengarah Pusat Pemerhati dan Pemberi Maklumat Kebangsaan, kepada panel tribunal yang sedang bersidang di Subang Jaya.

Video berkenaan turut menunjukkan ketua kampung berkenaan menyemak senarai nama pengundi berdaftar di kawasannya sebelum menyerahkan wang tersebut.

Akmal juga berkata, pihaknya telah menerima 1,705 rungutan berkenaan salah laku pilihan raya sepanjang mengendalikan perkara itu.

Pihaknya juga mendapati, lebih 1,000 rungutan juga diterima daripada orang awam berhubung kegagalan dakwat kekal ketika Pilihan Raya 2013 berlangsung.

"Kesemua laporan berhubung dakwat kekal lengkap dengan laporan polis yang dibuat di seluruh negara," katanya.

Tribunal Rakyat yang berlangsung 18 September lalu berkemungkinan akan berakhir hari ini.

Antara yang dijangka memberikan testimoni mereka hari ini adalah termasuk bekas ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. ~the malaysian insider


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Video Tergempar Buat SPR"

Post a Comment

Close