Obama ke Malaysia, pandangan TG Nik Aziz

KUALA LUMPUR: “Pada saya, ia tidak lebih hanyalah tanda terima kasih Amerika kepada Malaysia yang selama ini menyokong pendirian Amerika dalam pelbagai isu antarabangsa,” tulis Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam facebooknya.


Beliau menyatakan demikian sebagai respons berkenaan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke Malaysia yang dijadualkan pada bulan hadapan.
Ini, kata beliau termasuklah dalam isu rampasan kuasa tentera di Mesir yang mana Malaysia hanya sanggup menyatakan tidak setuju dengan kadar yang paling minima sahaja tanpa disertai dengan apa-apa tindakan serius. 


Kelantan, tegasnya sekalipun sebuah negeri yang kecil di mata dunia antarabangsa berusaha sedaya upaya sekadar yang termampu untuk menyatakan rasa kesal terhadap kudeta yang berlaku di Mesir. 


Justeru, jelas beliau Kelantan telah mengadakan sidang Dewan khas untuk meluluskan usul mengutuk dan menghantar nota bantahan.
Adapun kerajaan Malaysia, kata beliau dalam hal ini masih bersikap takut-takut, dibimbangi mengguris hati Amerika Syarikat. 


Kata beliau, kepatuhan Malaysia itu melayakkan bumi Malaysia dipijak oleh Presiden Amerika Syarikat nanti.


“Pada saya, tiada yang membanggakan jika Malaysia dikunjungi Presiden Amerika. Ia hanya mengesahkan hubungan baik antara kedua-duanya yang telah terjalin sekian lama,” ujarnya lagi.


Harakahdaily

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Obama ke Malaysia, pandangan TG Nik Aziz"

Post a Comment

Close