Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) membuat kenyataan bercanggah di Parlimen hari ini apabila mengatakan keadaan jenayah dalam negara masih terkawal.
Katanya keadaan jenayah negara turun dengan drastik selepas penahanan 7,200 individu yang dipercayai anggota kongsi gelap dari 17 Ogos hingga sekarang.
Bulan lalu pada 20 Ogos semasa mengumumkan Ops Cantas dan dua pasukan khas untuk memerangi jenayah Ahmad Zahid mengatakan, "Saya ada bukti peningkatan kadar jenayah terutamanya di kawasan merah".
Dalam reaksi serta-mertanya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua mengatakan kata-katanya menteri itu tidak mempunyai kredibiliti.
"JIka keadaan jenayah terkawal, mengapa dia heboh tentang undang-undang Ordinan Darurat (EO)? soal Pua.
"EO dan kadar jenayah tidak eksklusif. Jadi dia kena buat keputusan pindaan EO bermasalah atau kadar jenayah. Kenyataan beliau bercanggah," katanya. ~
the malaysian insider
0 Response to "Kantoi!! Pembohongan Zahid Hamidi Terbongkar.."
Post a Comment