Pistol angin dipos sebagai 'kamus' dari AS


Petugas Pejabat Pos Butterworth, Bagan Dalam di Butterworth gempar apabila menemui beberapa komponen pistol angin ketika membuat pemeriksaan selepas curiga dengan kandungan sebuah kotak yang diterima semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata individu tertentu didapati cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mencatatkan pada bungkusan yang dihantar ke Pos Malaysia Berhad itu sebagai 'dictionary' (kamus), namun ia sebenarnya mengandungi komponen pistol angin.

Katanya, bungkusan berkenaan dihantar dari Amerika Syarikat kepada individu di negeri ini dan diterima Bahagian Kastam, Unit Penerimaan Pos, Pejabat Pos Malaysia Bagan Dalam.


"Mulanya kakitangan pos tidak mengesyaki apa-apa mengenai bungkusan terbabit sehinggalah ia terjatuh ketika seorang kakitangan mahu membuat pemeriksaan pada pukul 10 pagi ini (semalam).


"Kakitangan terbabit mula mengesyaki sesuatu mencurigakan pada kandungan bungkusan berkenaan walaupun di bahagian luarnya ditulis 'dictionary' lalu membuat pemeriksaan dan menghubungi polis," katanya kepada pemberita di Butterworth hari ini.


Abdul Rahman berkata hasil pemeriksaan mendapati bungkusan berkenaan mengandungi komponen untuk pistol angin seperti tiga unit kapsul dan biji 'ball bering' dan bukannya kamus seperti yang diisytihar pengirimnya.


Katanya polis tidak menolak kemungkinan pihak tertentu sengaja menulis perkataan 'dictionary' pada bungkusan yang dikirim bagi mengaburi pihak berkuasa selain bimbang ia dirampas.


"Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk ke atas individu yang dicatatkan sebagai penerima bungkusan terbabit," katanya.

Subscribe to receive free email updates:

1 Response to "Pistol angin dipos sebagai 'kamus' dari AS"

  1. pistol ni name je macam selamat..tapi peluru die bearing.. bole tembus kepale ..very dangerous

    ReplyDelete

Close