Black Terkejut Ada Orang Cuba Sabotaj Perkahwinannya


Sebaik saja selesai majlis perkahwinan yang diadakan khas buat peminat di Padang PPR Kerinchi pada Ahad lalu, penyanyi Black Hanifah terkejut selepas mendapat tahu bahawa ada pihak tertentu cuba sabotaj majlis berkenaan.

"Syukur Alhamdulillah, majlis pada hujung minggu lalu tamat dengan penuh meriah sekali. Lebih 8.000 tetamu yang hadir. Apapun,saya terkejut selepas dapat tahu ada pihak cuba sabotaj majlis tersebut.



"Perkara ini berpunca dari nasi yang dimasak. Pihak katering beritahu saya bahawa nasi tidak masak-masak walaupun sudah 2 jam lebih menanak nasi tersebut.
Selepas menyedari perkara ini, ada orang kampung perasan seorang lelaki telah berlegar-legar di bahagian dapur.

"Nasib baiklah ada orang kampung yang berilmu. Dia yang beritahu bahawa orang itu yang dengki dan membuatkan nasi tersebut tidak masak-masak," katanya kepada murai.com.my.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kejadian itu, Black berasa sedikit sedih, namun berterima kasih kepada pihak orang kampung yang dapat menyelesaikan masalah itu dengan cepat.

"Yang masak pada hari itu adalah saudara mara saya dari Perak. Saya tidak tahulah apa puncanya (kejadian nasi tidak masak-masak itu berlaku). Namun, ada orang memberitahu ia berpunca dari rasa dengki dan cemburu. Yelah, pada masa yang sama, di kawasan tersebut mempunyai 4 majlis kahwin yang diadakan serentak.

"Apapun, saya berterima kasih kepada tetamu yang hadir memeriahkan majlis itu. Pada hari tersebut, saya bukan saja dapat berjumpa peminat. Saya juga sempat meluangkan masa berkaraoke bersama peminat yang hadir. Majlis itu tamat hampir jam 12 tengah malam," jelasnya..MURAI.COM

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Black Terkejut Ada Orang Cuba Sabotaj Perkahwinannya"

Post a Comment

Close