Sistem jalan sehala jadikan aliran trafik lebih lancar

Image 
KOTA BHARU, - Aliran lalu lintas di pusat bandar Kota Bharu mulai hari ini nampak lebih lancar biar pun berlaku sedikit kelam kabut ekoran pelaksanaan sistem jalan sehala.
Jalan Hospital di depan mahkamah, Jalan Doktor, Jalan Temenggong dan Jalan Tok Hakim kini menjadi hala sehala.
Dan beberapa lampu isyarat baru diwujudkan iaitu di Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Tok Hakim dan Jalan Sultanah Zainab.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Haji Ahmad Mahmood berkata, tempoh sebulan bermula hari ini kajian dilakukan bagi melihat kesesuaian perubahan laluan tersebut.
Oleh itu katanya, pengguna jalan raya diberi peluang untuk memberi komen dan cadangan tentang perubahan laluan tersebut melalui www.MPKB.gov.my.

"MPKB-BRI juga mewujudkan satu jawatankuasa pemantau untuk mengkaji serta menilai sejauh mana keberkesanan dan kelancaran trafik di bandar Kota Bharu sekarang," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan rasmi landskap Bulatan Medan Tuan Padang dan menaik taraf Taman Perbandaran Tengku Anis.
Penyerahan tersebut dilakukan Timbalan Pengarah Teknikal Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Che Hassin Che Mud kepada Ahmad.
Ahmad berkata, dengan kerjasama kerajaan Persekutuan banyak lanskap menarik dapat diwujudkan di kawasan bandar Kota Bharu.
Che Hassin berharap MPKB-BRI dapat menguruskan lanskap tersebut dengan sebaik mungkin bagi menjadikan Kota Bharu lebih ceria dan cantik.

Subscribe to receive free email updates:

2 Responses to "Sistem jalan sehala jadikan aliran trafik lebih lancar"

  1. ye ke bro lebih lancar? cuba bro ambik gambar masa pagi dan petang lepas tamat waktu berkerja.

    saya sebagai rakyat kelantan lebih gembira dengan cara jalan yang lama...tidak jam waktu pagi atau petang tp sekarang ni sakit kepala kena tunggu dalam kereta...dah jadi macan KL!

    ReplyDelete
  2. salam
    setuju kata saudara Najib...bukan makin lancar tapi makin serabut jalan di KB. Letih dok dalam kereta empat lima hari ni.. terutama waktu kemuncak.

    ReplyDelete

Close