Bahan-Bahan
½ ekor ayam
18 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk
2 keping asam gelugur
2 kiub pati ayam
10 keping tauhu
½ kg laksa & ¼ kg tauge
6 biji limau kasturi atau limau nipis
Minyak dan garam secukupnya
Cara Penyediaan
1. Ayam jangan dipotong, kemudian gaulkan dengan garam, kukuslah hingga masak.
2. Air kukusan hendaklah disimpan.
3. Perah santan dengan 2 gelas air.
4. Kisar cili bersama bawang putih dan bawang merah atau bawang besar.
5. Panaskan minyak, tumis cili hingga garing kemudian masukkan garam.
6. Ambil tiga camca besar dan ketepikan untuk hidangkan bersama laksa nanti.
7. Tuangkan santan ke dalam lebihan cili tadi.
8. Masukkan serai yang telah dititik, air kukusan ayam, kiub ayam, tauhu, asam gelugur dan garam.
9. Sementara menunggu kuah masak, celurkan tauge sebentar.
10. Hidangkan bersama tauge, ayam yang telah disiat, limau nipis dan sambal.
0 Response to "Resipi Ramadhan- Laksa China.... memey"
Post a Comment