Berhati-hati Di Jalan Raya.... Aidilfitri


MALANG... Sepatutnya cuti hujung minggu menjadi saat menggembirakan bagi sebuah keluarga yang keluar untuk membeli-belah menjelang sambutan Aidilfitri bulan depan. Bagaimanapun perjalanan mereka berakhir dengan kemalangan yang meragut nyawa Abdul Karim Abd. Aziz, 51. Ahli perniagaan ini memandu kereta Perodua Kancil bersama isterinya, Maimon Said, 52, dan anak mereka Mohammad Ihsan, 11 apabila sebuah treler merempuh mereka di Lebuh Raya Persekutuan berhampiran dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya. Abdul Karim meninggal dunia di tempat kejadian. Foto The Star oleh AZMAN GHANI

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Berhati-hati Di Jalan Raya.... Aidilfitri"

Post a Comment

Close