Nasib Orang DUN Kota Siputeh

Semasa media melaporkan DUN Kota Siputeh mungkin kosong, seorang sahabat mengSMS saya, “Lepas ini boleh le kita kempen pasembor Kodiang.”
Dia kata lagi, dia setuju PRK diadakan di situ untuk mencari pengganti Pak Abu - panggilan kepada Dato' Abu Hasan Sarif.
Petang ini saya mengSMSnya semula, “Pak Abu masih sah ADUN Kota Siputeh, tak dak can (peluang) kempen pasembor Kodiang le kita.”
Sahabat tadi menjawab, “Pak Abu tu dok sakit tengkuk dah banyak tahun. Bila ada majlis apa-apa, dia mulalah sakit urat. Apa nak buat, tu wakit rakyat Kota Siputeh.”
Sahabat saya ini memang orang sini tetapi menetap di luar.
Speaker sebenarnya memaklumkan sahaja kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN itu kerana penyandangnya tidak mengikut peraturan. SPR pula mengisytiharkan kerusi itu kosong dan menguruskan PRK di situ. Itu sahaja.
Tapi bila SPR melampaui keputusan speaker, tambahan pula kerusi itu milik BN, bertambah kuatlah sangkaan umum bahawa ‘SPR adalah kuda tunggangan BN.’
Speaker DUN Kedah rasanya boleh memohon mahkamah menyemak semula keputusan SPR itu itu, kalau dia mahu. Namun itu akan menjadikan drama ini lebih panjang. DUN Kedah boleh menggunakan bermacam-macam cara lain untuk menjadikan Pak Abu hilang kelayakannya sebagai ADUN.
Tetapi, isunya di sini bukan tindakan itu. Isunya ialah rakyat DUN Kota Siputeh tiada ADUN. Sebelum ini pun Pak Abu dikatakan sering culas, tentulah dalam suasana dia diketahui umum melanggar disiplin, tentulah tiada lagi tumpuan kepada tugasnya.
Dan, kalau selepas ini DUN Kedah mengenakan tindakan lanjut ke atasnya, DUN Kota Siputeh tentunya melalui tempoh yang sangat lama sebelum menjelang PRU akan datang untuk memiliki seorang ADUN yang bekerja untuk rakyat di situ.
Kerajaan negeri boleh melantik mana-mana wakil rakyatnya untuk berkhidmat di situ dengan konsep DUN angkat, tapi secantik mana pun anak angkat orang tetap mahukan anak daripada darah daging sendiri.
Demikialah nasib orang DUN Kota Siputeh.
Benar, memilih pemimpin bukan sekadar memilih lambang yang diwakilinya tetapi memilih peribadinya juga. Kuat dan amanah.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Nasib Orang DUN Kota Siputeh"

Post a Comment

Close