Ekoran sumbangan besarnya, sebuah laman di Universiti Adelaide dinamakan sempena Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud. Bagaimanapun, bagi mahasiswa universiti di Selatan Australia itu, ia sesuatu yang memalukan.
Bercadang Berhimpun membantah langkah itu esok, mahasiswa berkata, mereka "menolak menerima pendidikan yang ditaja atas penderitaan rakyat, hutan dan haiwan".
"Kami akan menunjukkan bahawa kami tidak mahu Taib Mahmud, jaringan keluarganya atau syarikat utamanya mempunyai sebarang kaitan dengan pendidikan tinggi di Utara Australia," tulis mereka di laman Facebook.
Mahasiswa juga menghantar memorandum bantahan mereka kepada Naib Canselor Warren Bebbington berhubung perkara itu.
Taib pada 2008 dilapor mendermakan puluhan juta dolar untuk Universiti Adelaide.
Universiti juga pada 2006 menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan Sarawak untuk kerjasama kajian, termasuk biasiswa untuk 10 penuntut pascasiswazah. ~
malaysiakini
0 Response to "Rakyat Australia Benci Dengan Nama Taib Mahmud.. Saksikanlah"
Post a Comment