Patutlah Berduyun-Duyun Orang Datang Ke Majlis Najib Dan Rosmah.. Ini Sebabnya




Ada cara yang berkesan bagaimana mendapatkan hadirin yang ramai di majlis-majlis umum yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Mengerah kakitangan awam dan ahli-ahli parti politik komponen Barisan Nasional (BN) adalah lumrah. Begitu juga dengan arahan badan-badan berpakaian seragam seperti pengakap.


Namun pada sambutan ulangtahun ke-50 Sabah Dalam Malaysia yang diadakan di Tanjung Aru dekat sini pada 16 September lalu cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah kereta dan hadiah menarik lain seperti motorsikal telah menjadi magnet kepada orang ramai yang menaruh harapan memenangi sebuah kereta.

Sejak lewat petang juruacara bertugas mengumumkan ada cabutan tiket bertuah itu dengan hadiah sebuah kereta, maka berduyun-duyunlah manusia dari sekitar bandaraya ini meredah hujan dan lopak ke tapak sambutan di Taman Prince Phillip Tanjung Aru.

Yang lebih menarik ialah para pemenang tiket bertuah digalakkan terus berada di tapak sambutan dengan cara melambatkan cabutan tiket-tiket utama dan para pemenang hanya boleh menuntut hadiah-hadiah yang dimenangi mereka selepas jam 11.30 malam .

Ini bermakna sebanyak mungkin pengunjung akan bertahan di majlis berkenaan menanti kalau-kalau tiket mereka dicabut memenangi sebuah kereta atau motorsikal atau beratus hadiah lain. Yang paling gembira tentulah pengerusi penganjur,

Datuk Yahya Hussin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, yang pada awal bulan ini berkata beliau yakin 50,000 orang akan berada di tapak sambutan untuk mengalu-alukan Najib dan isteri.

Tambah meningkatkan lagi keghairahan pengunjung malam ini ialah juruacara sengaja tidak mengumumkan apakah model kereta yang bakal dihadiahkan kepada pengunjung bertuah.

Tiada pula kereta kelihatan di sekitar pentas sambutan.

Barisan artis ternama tempatan dan dari Kuala Lumpur seperti Stacy, Faizal Tahir dan Jacklyn Victor juga turut menjadi tarikan kepada orang ramai untuk datang.

Najib yang diiringi isterinya Datin Rosmah Mansor tiba di Kota Kinabalu pada tengahari 16 September dari Kuching, Sarawak di mana mereka lebih awal menghadiri sambutan serupa di Padang Merdeka di Kuching.

Perdana Menteri pada malam tersebut telah melancarkan Projek Pembangunan Eko Tanjung Aru sebelum turut merayakan sambutan Hari Malaysia.

Projek pembangunan eko itu memperincikan pelan pembangunan jangka panjang seluruh kawasan pantai Tanjung Aru yang suatu ketika dulu sangat terkenal di kalangan pelancong dalam negeri.

Bagaimanapun beberapa pihak sudahpun mengecam tindakan pihak berkuasa tempatan menebang banyak pokok besar di sekitar tapak sambutan bagi membolehkan kawasan yang luas dijadikan tempat meletak kereta pengunjung pada malam tersebut. ~free malaysian today











Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Patutlah Berduyun-Duyun Orang Datang Ke Majlis Najib Dan Rosmah.. Ini Sebabnya"

Post a Comment

Close