KAKAK SITI NURHALIZA BAKAL KAHWINI DUDA? SAIDA TEMPELAK PENULIS GOSIP!


SUSULAN laporan gosip yang mengatakan Saida bakal berkahwin dengan penerbit drama berstatus duda, kami menghubungi kakak kepada penyanyi nombor satu negara ini untuk mendapatkan kepastian. 

Seakan-akan boleh mengagak soalan yang ingin ditanyakan, ibu tunggal beranak empat ini menjelaskan;

"Kepada penulis atau pemberitahu (sumber) itu, sila jaga diri sendiri. Buat apa hebohkan cerita orang lain yang tidak benar sama sekali.

"Jangan sesuka hati melaporkan cerita tanpa usul periksa dan bertanya terlebih dahulu."

Ditanyakan apakah reaksinya saat diberitahu berkenaan beritu tersebut, jawabnya lagi;

"Tiada guna saya membaca cerita yang dikeluarkan, nanti buat sakit hati. Jadi saya abaikan sahaja. Saya percaya tuhan sudah mengatur jodoh seseorang. Jika benar saya sudah mempunyai pasangan dan ke arah untuk berkahwin saya sedia untuk berkongsi."

Saida dan bekas suami, Mohd Ghazali bernikah pada 14 Disember 1996 kemudiannya bercerai pada 7 Oktober 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat anak, Siti Nuruunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KAKAK SITI NURHALIZA BAKAL KAHWINI DUDA? SAIDA TEMPELAK PENULIS GOSIP!"

Post a Comment

Close