Patutlah Polis Ambil Alih AES.. Ini Sebabnya






Operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan (lalu lintas) Automatik (AES) telah diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata perkara itu sudah berkuatkuasa dan membabitkan semua lokasi AES yang sedia ada.

Saya setuju dan terima kasih kerana menurunkan kompaun daripada RM300 kepada RM150.Tetapi apa maksudnya? Siapa yang tanggung kos pemasangan sistem itu?


Adakah dua syarikat swasta yang membekalkan sistem itu (yang dicamkan sebagai Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd) tidak lagi terbabit?

Kalau tidak lagi terbabit, adakah mereka telah dibayar kos membekalkan sistem itu dan berapa pula jumlah pampasan yang dibayar kepada mereka?

Atau apakah PDRM ambil alih daripada JPJ tetapi dua syarikat itu masih mendapat potongan saman yang dibayar oleh pemilik kenderaan?Pastinya tentu bukan ambil alih begitu saja. 

Apatah lagi dua syarikat terlibat itu dikaitkan dengan seorang budak Tingkat Empat, Pejabat Perdana Menteri (PMO), yang dikatakan sangat berpengaruh.Silap-silap lagi menguntungkan mereka. 

Kalau dulu kena tunggu pemandu bayar saman baru dapat "cut" (habuan) mereka, kini mereka mungkin telah dibayar "lump sum" apa yang mereka belanjakan campur "lost of future income" sekali.

Kalau belum dijelaskan, tolonglah jelaskan. Ini duit rakyat dan operasinya libatkan rakyat. Jangan lupa ikrar janji ditepati.

Boleh jadi juga, operasi dipindahkan daripada JPJ kepada PDRM tapi perjanjian tak berubah – maksudnya walhasil balik asal, itu pasal tak hasil. Tapi tak masuk akal sebab jumlah kompaun telah dikurangkan separuh. Wallahualam. ~kadirjasin





Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Patutlah Polis Ambil Alih AES.. Ini Sebabnya"

Post a Comment

Close