Anwar Dedah Projek IC Sabah Bermula Zaman Bapak Najib



Isu pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang haram sebenarnya bermula ketika zaman pemerintahan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah, hari ini.

"Antara 1972 hingga 1984, ada kebanjiran kemasukan pelarian ke Malaysia dari selatan Filipina. Pelarian ini mahu bebas daripada pergaduhan di sana pada masa itu jadi mereka lari ke Sabah," katanya dalam nada tenang dan berhati-hati.

Beliau berkata, isu permasalahan kad pengenalan timbul antara 1979 dan 1999 dan kesalahan patut diletakkan kepada pasukan kerja khas dibentuk oleh Majlis Keselamatan Negara. Anwar mendakwa, pasukan itu yang masih lagi aktif hingga sekarang bertanggungjawab terhadap pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang asing walaupun mereka tidak berkelayakan.

Anwar berkata, ketika pemerintahan bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri itu merahsiakan isu keselamatan negara. Anwar berkata, Dr Mahathir yang juga adalah Menteri Dalam Negeri pada masa itu dan pengeluaran kad pengenalan berada bawah pengawasannya.

"Ya, saya tahu pasukan khas itu tetapi saya tidak ada pengetahuan khusus terhadap kerja dan apa sebenarnya tugas mereka. Dr Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab dan jika dia memilih untuk tidak membangkitkan isu itu ketika mesyuarat Kabinet, anda perlu tertanya-tanya mengapa," katanya membiarkan soalan itu tidak berjawab.

"Percaya atau tidak, ada ahli dalam pentadbiran, malah di kalangan Umno sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Tidak ada dokumen Kabinet mengenai isu itu atau ia dibawa ke dalam mesyuarat, anda boleh periksa minit jika tidak percaya kepada saya.

"Jika saya ada menghadiri mesyuarat berkaitan pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang haram, saya amat pasti ia tentunya dicatat dalam minit. Saya tidak bercakap mengenai pasukan khas biasa, saya merujuk kepada pasukan khas yang tugasnya kurang telus," katanya di hadapan lima panel RCI yang diketuai bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Anwar mendakwa, pasukan khas itu yag beroperasi dan membabitkan kedua-dua bekas dan perdana menteri sekarang yang ada pengetahuan mengenai kewujudan dan aktiviti seumpama itu.

Katanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak ada lebih banyak maklumat mengenai pasukan petugas yang ditubuhkan pada 1989 itu.

"Pasukan itu yang ditubuhkan Majlis Keselamatan Negara, yang dikenali sebagai badan strategi yang amat penting. Apa yang sesetengah orang tidak tahu ialah majlis itu turut berkhidmat sebagai `war room' Umno dari masa ke masa," katanya.

Pegawai perunding RCI, Majoi Kurup bertanya kepada Anwar apa penyelesaiannya untuk menangani pendatang haram yang memegang kad pengenalan bermasalah, seperti didedahkan Jabatan Pendaftaran Negara minggu lalu iaitu kira-kira 113,000 diklasifikasikan sebagai kad pengenalan yang diragui.

"Ini adalah mimpi negeri kepada negara yang dicipta oleh eksekutif, ia membabitkan rasuah besar-besaran dan ancaman serius kepada kedaulatan Malaysia. Dan sekarang kita ditanya bagaimana hendak membersihkan kekacauan yang tercipta, yang juga mempunyai kesan amat rumit dalam pilihan raya lalu," katanya tanpa sebenarnya menjawab soalan.

Shim: Ada peningkatan populasi di Sabah yang berlaku kira-kira ketika kemasukan Umno ke dalam negeri ini. Adakah anda bertanggungjawab mengetuai kemasukan Umno ke Sabah pada 1991, adakah ia benar?

Anwar: Ya, ada alasan yang baik Umno berasakan mereka perlu mempunyai pengaruh kuat di Sabah. Bagaimanapun, anda perlu membezakan antara parti politik yang berjuang dalam peperangan sah dalam sempadan undang-undang dan parti yang tidak.

Shim: Ada persepsi yang menyatakan peningkatan populasi itu disebabkan pendatang asing dimasukkan ke dalam komuniti untuk meningkatkan kelebihan bagi sesetengah parti politik.

Anwar: Tidak adil untuk menyalahkan parti secara keseluruhan kerana tidak semua orang tahu mengenai perkara itu. Tetapi, pemimpin yang tahu mengenai kejadian itu dan memilih untuk berahsia terhadap tindakan bawah tanah patut dipertanggungjawabkan. Tidak ada sesiapa yang patut membiarkan operasi haram yang mengancam keselamatan negara.

Manoi: Apa yang boleh dilakukan untuk menangani isu pendatang haram yang memegang kad pengenalan Malaysia?

Anwar: Kita patut adil, tidak semua orang Filipina di Sabah adalah pendatang haram, kita perlu kenal pasti siapa pelarian sebenar. Penarikan semula kad pengenalan mereka adalah salah mengikut undang-undang antarabangsa, walaupun Malaysia tidak menandatangani persetujuan itu. Tetapi, langkah pertama yang perlu kita ambil ialah menghentikan serta-merta pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang haram. Ada pegawai kerajaan atau Umno yang dihantar ke Sepang dan Selayang untuk mengeluarkan dokumen identiti kepada pendatang haram. Kita perlu menghentikannya sekarang tanpa sebarang alasan.

Manoj: Apa yang perlu dilakukan kepada pendatang haram yang mempunyai kad pengenalan Malaysia, yang anak dan cucu mereka dilahirkan di sini?

Anwar: Ini isu yang amat rumit kerana menarik semula kad pengenalan mereka bermakna mereka akan menjadi orang yang tidak ada negara. Kita perlu memikirkan generasi akan datang dan mempertimbangkan tempat mereka yang sepatutnya di Malaysia. Dalam perkara ini, kita perlu ada belas kasihan, timbang rasa dan berfikir mengikut asas kemanusiaan. Ini adalah hampir serupa dengan orang Mexico yang tinggal di California yang sebenarnya tidak mempunyai kad hijau. Dan isu lain yang perlu dipertimbangkan ialah, jika kita membatalkan kad pengenalan pendatang ini, siapa yang akan menerima mereka? Tentu saja buka Filipina atau Indonesia. Penghantaran pulang pendatang membabitkan persetujuan kedua-dua negara yang menghantar dan menerima.

"Saya mengadakan perbincangan dengan bekas presiden Filipina, Fidel Ramos. Beliau menunjukkan keengganan untuk menerima bekas pelarian balik ke Filipina kerana menganggap Malaysia bertanggungjawab terhadap pelarian itu kerana mereka ada di sini," katanya. ~the malaysian insider



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Anwar Dedah Projek IC Sabah Bermula Zaman Bapak Najib"

Post a Comment

Close