Salah satu perkara yang menjadi kekesalan besar Chin Peng dalam hidupnya ialah terlepas detik melihat anaknya membesar.
Kekesalan itu dilahirkan dalam nota akhir yang ditinggalkan bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu yang turut dimuatkan dalam buku kenangan "In Everlasting Memory: Dare to Struggle, Dare to Sacrifice".
Dalam surat itu, Chin Peng turut melahirkan kekesalannya kerana diperkenalkan kepada anaknya sebagai orang asing."Saya menyertai PKM dan menjadi setiausaha agungnya, saya korbankan tenaga dan khidmat saya berjuang untuk keadilan dan masa depan masyarakat dalam ideologi sosialis.
Saya beruntung dua anak saya sanggup menjaga seorang ayah yang tidak mampu beri kasih sayang dan perlindungan sejak lahir."Saya hanya dapat mencurahkan kasih sayang selepas meletakkan fahaman dan tugas saya serta setelah tiada lagi yang dapat saya berikan sebagai seorang ayah," katanya dalam surat bertajuk 'My Last Wish'.
Chin Peng berkata, beliau diminta untuk menulis surat berkenaan disebabkan media pernah melaporkan pada 2011 bahawa beliau mungkin dijatuhkan hukuman mati.
Pemimpin PKM itu menghembuskan nafas terakhir di hospital awal minggu ini sebulan sebelum ulang tahun kelahirannya ke-89."Saya sedih tidak dapat hadir ke majlis pengebumian ibu bapa saya di Sitiawan dan kembali ke tanah air di mana tempat berjuang menentang penjajah dan kolonial.
"Saya mahu diingati sebagai orang yang baik dan memberitahu dunia mengenai pengorbanan untuk dunia yang lebih baik," katanya.Mayatnya akan disemadikan di Bangkok petang Isnin depan. ~the malaysian insider
0 Response to "Kekesalan Chin Peng Membawa Sehingga Ke Akhir Hayat"
Post a Comment