Najib Merestui Pemfitnah No. 1 Negara.. Ini Buktinya




Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia adalah lambang kejayaan bangsa Melayu di negara ini kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Najib menyifatkan sejak 70 tahun penubuhan akhbar berkenaan ia bertujuan untuk memperjuangkan komuniti Melayu.

"Jika Utusan sebagai suara lidah keramat Melayu, lambang imej Utusan juga lambang kejayaan orang Melayu," kata Najib dalam ucapan perasmian bangunan baru akhbar berkenaan di Kuala Lumpur hari ini.


Jelas Najib, Utusan ditubuhkan atas semangat kebangsaan yang tinggi dan sejarah membuktikan ia lahir atas jerih perih masyarakat Melayu.

"Peranan Utusan Malaysia diakui membuka minda rakyat kepada maklumat mutakhir ... memang benar jika dilihat sejarah, Utusan adalah milik Melayu yg begitu berjasa kepada negara," kata Najib, dan juga Pengerusi Umno.

Umno adalah pemegang saham majoriti Utusan Malaysia selepas diambil alih pada tahun 1961 walaupun mendapatkan bantahan termasuk mogok pekerja akhbar itu.

Najib dalam ucapan perasmiannya turut menggesa agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan mereka.

"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC,dan syarikat Bumiputera mereka menghargai Utusan dengan pengiklanan lebih kepada Utusan. Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.

Najib turut menambah, sebagai ketua kerajaan, beliau yakin, peranan akhbar berkenaan akan akhirnya membawa kepada pengukuhan Malaysia sebagai negara bangsa.

Utusan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka hadapan akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Laporan berkenaan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengkritik penerbitan berkenaan.Kenyataan Najib itu dilihat sebagai restu kerajaan kepada akhbar berhaluan kanan itu.

Perdana menteri itu juga turut berkata, pihaknya akan menukar nama Jalan Enam di hadapan bangunan baru Utusan Melayu kepada Jalan Utusan, bersempena dengan nama syarikat penerbitan tersebut. ~the malaysian insider

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Najib Merestui Pemfitnah No. 1 Negara.. Ini Buktinya"

Post a Comment

Close