Menteri Lantikan Najib Ni Lebih Bongkak Dari Mahathir.. Ini Buktinya




DAP hari ini menyelar Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh ekoran kenyataannya yang mengatakan kerajaan tidak akan menghalang ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke luar negara jika tidak percaya dengan sistem pendidikan negara.

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok  menegaskan, Putrajaya perlulah bertanggungjawab merancang, melaksana, malah termasuk menjual polisi mereka untuk diterima rakyat.

"Tiada pihak yang akan bersetuju dengan semua polisi kerajaan... namun tiada menteri sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya sistem Pembelajaran dan Pengajaran Matematik dan Sains dalan Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak menerima persetujuan banyak pihak.

"Adakah Dr Mahathir mengarahkan mereka menghantar anak ke luar negara?" soal Kok.

"Kerajaan perlu pandai menjual polisi mereka melalui debat dan pujukan," katanya lagi.

Tiada sebarang tindakan dapat diambil untuk menghentikan rancangan Putrajaya meneruskan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) kerana ianya telah dirasmikan.

"Kalau ada kata sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang, tapi kita nak pastikan sistem kita bertambah baik," katanya.

Sebagai sebuah kerajaan, Putrajaya jelas Idris tidak akan berdolak-dalih lagi meskipun pelan berkenaan menerima reaksi negatif daripada pertubuhan persatuan Cina seperti Dong Zong dan juga parti politik dari Pakatan Rakyat.

"Beri ruang kementerian untuk laksana sebaik-baiknya dulu, nak tembak-tembaklah, tapi beri ruang dulu," katanya.

Ahli Parlimen Besut itu menegaskan, kerajaan telah merencana pelan berkenaan dengan segala perincian, termasuk mengambil kira pandangan 55,000 pihak berkepentingan daripada dalam dan luar negara. ~the malaysian insider


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Menteri Lantikan Najib Ni Lebih Bongkak Dari Mahathir.. Ini Buktinya"

Post a Comment

Close