Misteri Kematian PI Bala Terbongkar




Akhbar Suara Keadilan edisi 137 terbit bagi membongkar misteri kematian penyiasat persendirian, (PI) Balasubramaniam.


Temubual bersama isteri mendiang PI Bala, Santamil Selvi berkisar reaksinya mengenai keputusan pembebasan dua bekas pegawai keselamatan Perdana Menteri, Sirul Azhar dan Azilah Hadri dari tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu.
"Jiwanya 'disana' tak tenteram. Apa yang saya katakan, adalah apa yang Bala katakan," kata Selvi dalam temubual.

Dalam temubual eksklusif ini, Selvi turut menunjukkan dokumen yang didakwanya punca PI Bala diserang sakit jantung.

"Dua jam lepas pemeriksaan doktor dia meninggal dunia. Saya tak percaya.

"Bala ada kata – sakitnya macam kena buatan orang. Dia rasa seseorang hendak 'kenakan' secara halus," kata ibu kepada tiga orang anak ini.

Antara kandungan menarik ialah laporan mengenai komplot kemasukan warga Bangladesh ke Malaysia di muka surat 13, selain isu bola sepak tempatan di muka surat 31.

Manakala penulis Hishamuddin Rais melalui kolum 'Dari Brickfields' menyingkap kembali sejarah pemecatan Datuk Seri Awar Ibrahim dari kerajaan, yang kemudian mencetuskan gerakan Reformasi.

Akhbar Suara Keadilan diterbitkan setiap minggu, 32 muka surat sarat dengan maklumat, pendedahan dan laporan aktiviti Parti KEADILAN Rakyat di seluruh negara.

Untuk tempahan hubungi talian 03-92211045 atau faks ke 03-92212045.

Sebarang pemakluman program dan kenyataan media, boleh menghubungi kami melalui emel skeadilan@gmail.com

Pautan Suara Keadilan versi dalam talian boleh dicapai melalui laman twitter dan facebook. ~keadilandaily

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Misteri Kematian PI Bala Terbongkar"

Post a Comment

Close