Ini Kisah Di Sebalik Pengarah Kontroversi Tanda Putera




Pertemuan bersama pengarah yang kini dilanda kontroversi, Datin Paduka Shuhaimi Baba diadakan di sebuah restoran masakan Itali di Bangsar.Sesampainya beliau di sana, minuman kegemarannya Cafe Latte dipesan untuk menghilangkan dahaga."Saya sukakan tempat ini. 


Pasta Aglio Olio di sini merupakan kegemaran saya," katanya.Pembikin filem berusi 63 tahun ini mengenakan seluar panjang berwarna hitam dan kemeja lengan panjang dan berkasut merah.

Matanya kelihatan lesu memberi isyarat pertarungan beliau sejak beberapa hari ini untuk mempromosikan hasil kerja tangan terbarunya.Filem terbarunya, Tanda Putera dimulakan tayangan pada dua minggu lalu hangat mencetuskan kontroversi malah kerajaan negeri Pulau Pinang juga cuba menyemarakkan lagi suasana.

Mengulas mengenai suara sumbang yang mengkritik karya terbarunya, beliau berkata ramai memberi komen tidak membina."Mereka yang kuat mengkritik itu seharusnya menonton filem itu terlebih dahulu sebelum mengemukakan komentar," katanya.

Beliau masih mahu Tanda Putera dikenang sebagai filem yang menceritakan perjuangan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail berjuang memimpin negara.

Menepis dakwaan beliau tidak mengalami peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, katanya beliau sendiri merupakan penuntut Institut Teknologi Mara ketika itu."Saya dan rakan melihat sekumpulan perusuh menanggalkan seluar mereka dan kami sangat terkejut," katanya.

Pengarah filem itu dilahir dan dibesarkan di Seremban bersama empat adik beradik perempuan dan tiga adik beradik lelaki."Saya anak kelima dan arwah ibu menyangka dia tidak akan beranak lagi namun dikurniakan seorang lagi cahaya mata tujuh tahun kemudian.

"Atap rumah kami dahulu selalu diterbangkan angin semasa menikmati makan tengahari ketika cuaca hujan dan berangin.Katanya, meskipun beliau tidak mempunyai cita-cita awal untuk menjadi pembikin filem, keluarganya merupakan penggemar filem.

"Filem pertama yang saya tonton di pawagam adalah filem Hindustan. Makcik saya sewaktu keluar temu janji bersama teman lelakinya, mengheret saya dan kakak bersama.

"Shuhaimi berkata beliau sering menggunakan wang saku sekolah untuk pergi menonton filem."Saya datang dari keluarga yang susah. Ayah seorang kerani kerajaan manakala ibu hanyalah seorang suri rumah. 

Kami menonton pelbagai filem dari tempatan hinggalah ke antarabangsa," jelas beliau.Shuhaimi memberitahu hanya dirinya sahajalah yang menjadi pembikin filem dalam ahli keluarganya.

Selain minatnya dalam filem, beliau turut teruja membaca buku, satu tabiat yang diwarisi dari ayahnya."Abang dan kakak akan menunggu ayah membeli dan menghabiskan bacaan sesuatu buku sebelum kami bergilir-gilir membacanya," katanya sambil tertawa kecil.

Semasa menyertai kelab filem di fakultinya, beliau diminta untuk menghasilkan filem berdasarkan buku.

Bakat dalam pembikinan filem menyebabkannya terpilih menerima biasiswa di bawah Pelan Colombo untuk mengikuti latihan secara profesional di British Broadcasting Corporation.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Shuhaimi pernah menjadi pembersih hotel dan pelayan restoran bagi menanggung sara diri di United Kingdom kerana biasiswanya hanya mencakupi yuran pengajian.

Dua tahun selepas itu, pada 1982 beliau kembali ke Malaysia dan menyertai TV3 dan Astro yang meminta beliau mewujudkan rangkaian Melayu.Pada masa itu, beliau sempat menerbitkan beberapa filem yang telah memenangi anugerah dalam dan luar negara. 

Beliau pernah menggondol anugerah pengarah terbaik, sinematografi terbaik dan banyak lagi.Layar Lara 1997 menjadi kejayaan terbesar buat dirinya.Buat masa ini, Shuhaimi menyibukkan dirinya dengan melancong dan akan menuju ke Phuket selepas ini setelah semua kemelut yang melanda dirinya selesai. ~the malaysian insider


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ini Kisah Di Sebalik Pengarah Kontroversi Tanda Putera"

Post a Comment

Close