Berita Gempar Dari Negeri Kedah..




Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dzyiauddin mendedahkan seorang novelis terkenal didapati memasukkan unsur Syiah sebagai satu medium penyebaran ajaran itu kepada golongan muda.

Beliau berkata, novel itu menekankan kebaikan fahaman berkenaan sebagai jalan penyelesaian kepada kemelut yang berlaku dalam kehidupan masyarakat sekarang.

Bagaimanapun, mufti tidak mendedahkan nama novelis terbabit.Novel berkenaan difahamkan mengesahkan masalah yang melanda golongan wanita yang tidak dapat diselesaikan  melalui pendekatan Ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi berjaya ditangani melalui Syiah.

Syeikh berkata, novelis berkenaan bijak menyusun jalan cerita dengan menyelit fahaman Syiah tanpa disedari pembacannya.Malah, katanya, novel itu dikatakan memasukkan petikan hadis untuk memantapkan penulisannya.

"Memang pembaca tidak perasan kerana hero atau penyelamat diceritakan secara bersahaja dengan menggunakan watak baru yang tidak dikaitkan dengan Syiah namun kalau kita perhalusi, baru nampak mesej tersirat," katanya dipetik daripada Sinar Harian hari ini.

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang memantau aktiviti novelis itu termasuk karyanya.Katanya, tidak dinafikan novel antara bahan bacaan paling dekat dengan remaja kerana itu, gerakan tersebut menggunakan kesempatan itu mempromosikan fahaman melalui pembacaan santai.

"Ada sesetengah remaja menjadikan novelis itu sebagai idola mereka kerana tertarik dengan koleksi novel dihasilkan, jadi sudah pasti ada yang terpengaruh dengan agenda Syiah," katanya.

Semalam akhbar itu juga turut melaporkan penularan meluas mengenai fahaman itu dalam media sosial di Facebook.Gerakan itu menggunakan pelbagai nama akaun antaranya ialah "Syiah tetap Islam" dan "I'm Proud to be Syiah".

Sebelum ini, akhbar ini juga sudah beberapa kali menjadikan isu Syiah di Malaysia sebagai sasaran laporan mereka. ~the malaysian insider

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Berita Gempar Dari Negeri Kedah.."

Post a Comment

Close