Akhirnya.. Guru Besar SK Seri Pristana Mohon Maaf Kepada Ibu Bapa




Guru besar sekolah kontroversi, SK Seri Pristana memohon maaf kepada ibu bapa atas pelbagai aduan yang dilaporkan terhadap sekolah itu berkaitan kejadian murid makan dalam bilik persalinan.

Guru besar, Mohd Nasir Mohd Noor (gambar) membuat permohonan maaf itu pagi semalam dalam mesyuarat bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pegawai jabatan pendidikan negeri dan ibu bapa murid yang diintimidasi dan dibuli berikutan kejadian itu.

Sekolah itu dilanda kontroversi selepas seorang ibu yang prihatin memuat naik gambar murid bukan Islam makan dalam bilik persalinan pada bulan Ramadan atas arahan guru besar.

Setiausaha Kebangsaan Malaysian Tamilan Today, K Gunasegaran memberitahu The Malaysian Insider, tujuh ibu bapa kepada murid yang terkesan daripada kejadian itu hadir pada mesyuarat yang diadakan di sekolah berkenaan semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Mahmud Karim, yang berjumpa dengan Mohd Nasir dan guru sekolah berkenaan pada Rabu lalu, turut hadir di mesyuarat itu.

Gunasegaran berkata, Mohd Nasir meminta maaf atas kejadian makan dalam bilik persalinan, membenarkan murid disoal siasat oleh polis tanpa kebenaran ibu bapa dan juga kerana membuli dan mengintimidasi murid yang berlanjutan selepas isu itu menjadi perhatian ramai.

Selain itu, katanya, Mahmud mencadangkan supaya seorang pegawai daripada jabatan pendidikan ditempatkan di sekolah berkenaan sebagai pemerhati sekurang-kurangnya bagi tempoh sebulan. ~the malaysian insider


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Akhirnya.. Guru Besar SK Seri Pristana Mohon Maaf Kepada Ibu Bapa"

Post a Comment

Close