Pencacai Umno yg ada semput dan lemah jantung dilarang membacanya.

Oleh : albanjary
Artikel dibawah ditulis bersama tanda Amaran ! Pencacai Umno yg ada semput dan lemah jantung dilarang membacanya. Kepada pencacai yg selalu terbodoh sendiri, jaga emosi anda, Ingat, ini wacana !!

Seperti biasa, bila berlalunya suatu Pilihanraya Kecil atau Umum, dan UMNO tersungkur, kerana rakyat tidak lagi mengundi mereka, yakni UMNO/BN dan sewaktu dengannya kalah lagi ke tangan calon Pakatan Rakyat, dan InsyaAllah pula di P094, Hulu Selangor, kekalahan kian diambang, maka gendang tentang Ketuanan Melayu, Perpaduan Melayu, Melayu hilang kuasa politik dan sebagainya akan deras dipalu ke telinga rakyat khususnya melayu. Dan lumrahnya
begitu.

Macamlah tanpa Umno, melayu akan pupus. Akan kental-lah fitnah, dan segala tohmahan sebagai pengkhianat bangsa dan negara dihamburkan tanpa sebarang asas dan bukti. Pakatan Rakyat digambarkan oleh media yang dikongkong seolah-seolah retak menunggu belah. Namun apa yang terjadi sebaliknya.

Merujuk kepada calon MIC yang diremotekan oleh UMNO di Hulu Selangor, kelangsungan memperlecehkan melayu Hulu Selangor diteruskan oleh tok-tok dalang wayang UMNO supaya memberi undi kepada En. Kamal, calon UMNO(MIC)/BN. Bukankah majoriti pengundi Hulu Selangor terdiri dari melayu ?

Maka orang-orang Melayu yang sekapal dengan pencacai-pencacai Umno yg wak anugerahkan anugerah 'jamban' tahun lalu, pasti keras dan terus 'piang' menjadi penyokong dan pendokong UMNO sejati atas kejahilan dan kedangkalan minda hasil dari proses pembodohan anjuran UMNO zaman berzaman. Percaya dan menyakini dengan kepercayaan ditahap bersungguh-sungguh bahawa Melayu hanya boleh terus hidup makmur dengan hidupnya UMNO. Jika jahanam UMNO maka jahanam jugalah bangsa Melayu dan begitulah sebaliknya. Itulah retorik Umno memperlecehkan pemikiran melayu.

Kerana itulah Umno sanggup memberi jawatan timbalan menteri dan senator kepada MIC, supaya calon 'remote'nya dapat dicalonkan, seterusnya membawa agenda Umno jika menang, itu jika menang...yang jelas..kalah itu dalam gengaman. Machaa..! Kita kunci mulut Samy, Palanivel juga yang sedap makan tosey hari-hari ! Mugilan..terus boleh sambung main guli lepas ni !

Selepas Pilihanraya ke-12 yang lalu, lihatlah betapa di setiap PRK yang diadakan, apa yg terjadi kepada Umno di Semananjung ? Mereka gagal dan terus gagal memenangi hati pengundi untuk mengundi calon mereka. Prestasi mereka sudah memasuki tahap parah, separahnya Umno dijahanamkan oleh Tuan Guru Nik Aziz tahun lalu.

Apabila Umno melihat prestasinya yang kian teruk, maka seperti biasa suara perkauman Melayu pun dimainkan oleh Umno. Isu ini akan dikumandangkan semula di Hulu Selangor yang majoritinya melayu. Soal ISA yg harus didokongi dan dipertahankan atas nama melayu di'juang' baik oleh mereka, kepada mereka yg menolak ISA minta dimansuhkan, otomatis dilabel sebagai 'pengkhianat'.

Itulah gula-gula Umno yang terus dikunyah oleh rakyat. Mungkin untuk menarik balik sokongan kepada 100% melayu kepada Umno dan mencari kemenangan kepada calon remote Umno(baca :En. Kamal, calon BN yang dikosmetikkan membawa wajah UMNO), maka tidak mustahil permulaan proses pembodohan Melayu anjuran Umno ini atas tajuk mengembalikan ketuanan, perpaduan dan politik Melayu akan dipekik lantang di PRK Hulu Selangor oleh gurkha-gurkha politik mereka. Jangan bimbang, melayu Hulu Selangor sudah ada ' Encik Kamal' yang pasti akan menjaga ketuanan melayu. Gula-gula lagi. Bila mereka ber'drama', kandungannya telah dapat dihidu dan mudah di baca. Kepada gurkha-gurkha, tidak semua melayu boleh dilecehkan dan gemar kunyah 'gula-gula'.

Contoh termudah boleh kita dapati dan kita dengar dari dan pendirian ahli-ahli Umno atau individu non-partisan tetapi mengundi Umno/BN, dan apabila diutarakan pandangan umum tentang suasana politik dan ekonomi tempatan mahupun nasional, sikap dan pandangan mereka ini pada hakikatnya telah termaktub dalam silibus dan kurikulum bersepadu Umno ; warisan penjajah iaitu (divide and rule) yang berorientasikan kejahilan dan kebodohan sehingga menghasilkan spesis manusia bodoh sombong.

Jawapan mereka mudah dan dangkal, segala harta kerajaan diyakininya sebagi Umno yang punya. Kekayaan negara juga kekayaan Umno yang punya. Balai Raya Umno yang punya. Masjid dan surau Umno yang punya. Jalanraya Umno yang punya. Duit kerajaan Umno yang punya. Malaysia ini pun Umno yang punya, segala-galanya dari dunia sampailah akhirat jawapannya Umno yang punya. Mahukan pembangunan mesti dengan Umno. Mahukan kekayaan mesti melalui Umno. Mahu kemiskinan dihapuskan mesti dengan Umno. Mahukan keamanan mesti juga dengan Umno. Mahu kestabilan mesti dengan UMNO, yang baik dari UMNO dan yang buruk adalah datang dari selain UMNO. Tiada ada yang betul melainkan UMNO sahaja, yang lain tiada lain melainkan salah salah salah dan salah belaka. UMNO UMNO UMNO...sahaja melayu mesti pilih. Yeenadey !!

Seterusnya dengan beralasan bahawa yang memerintah penuh 'bagus' selama ini hanya UMNO sahaja, selain UMNO, jangan harap..tiada bukti akan dapat dicapai, sekiranya ada pihak lain membuat tawaran kebajikan yang lebih baik dan pembangunan yang lebih seimbang dari UMNO, maka UMNO akan mengeluarkan jawapan baru bahawa, pihak yang lain-lain itu hanya membuat janji kosong sahaja atau syok-syok sendiri saja.

Secara halusisasinya, (ada ker perkataan ni, belasah ajerlah..) UMNO membawa umat Melayu percaya bahawa kerajaan dan UMNO tiada boleh dipisahkan. Justeru kotak pemikiran graduan lulusan fakulti pengajian UMNO akan terus berpendapat bahawa barang siapa menentang UMNO sedang ia bekerja makan gaji dengan kerajaan, maka orang itu bolehlah disifatkan sebagai pengkhianat kepada kerajaan.

Seolah-olah pendapatan hasil dari pekerjaannya itu sebagai haram kerana duit gaji dari kerajaan dikira duit UMNO dan BN. Orang itu juga dikira tidak mengenang budi kerajaan kerana menolak kerajaan. Banyak lagi silibus yang dicipta oleh UMNO untuk memastikan umat Melayu terus dikongkong minda dan fikirannya. Terlalu banyak kejahilan untuk diceritakan, cukuplah dahulu sekadar ini sebagai mukadimah untuk Hulu Selangor.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pencacai Umno yg ada semput dan lemah jantung dilarang membacanya."

Post a Comment

Close