Di Luah Mati Melayu Dtelan Mati India......


KUALA LUMPUR, 15 April — MIC memutuskan untuk mengambil tindakan disiplin termasuk kemungkinan memecat dari parti ke atas Timbalan Ketua Pemuda pusatnya V. Mugilan — yang didakwa proksi Umno — atas alasan “mencuri kerusi” yang diperuntukkan kepada parti itu.

“Sesiapa yang bertindak bertentangan dengan kepentingan parti... mahu mencuri kerusi dari MIC akan diambil tindakan.

“Berada dalam senarai teratas ialah Mugilan,” kata Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu (gambar) selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar CWC MIC - pertemuan bersejarah dalam MIC - di sini malam tadi.

Mesyuarat lebih sejam ini diadakan sehari menjelang BN bersedia untuk mengumumkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Samy Vellu berkata keputusan tindakan disiplin akan ditentukan pagi esok.

“Kami masih siasat secara mendalam, mengumpul bukti, akan siasat lagi hingga 10 pagi esok,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi esok.

Mugilan dikatakan dinamakan oleh Umno Hulu Selangor kepada pucuk kepimpinan BN sedangkan MIC hanya mengemukakan nama Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel.

Situasi itu menimbulkan suasana tidak senang dalam MIC.

Pagi semalam MIC Selangor protes dengan membidas Umno cuba campur tangan dalam menentukan calon kerusi Hulu Selangor.TMI

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Di Luah Mati Melayu Dtelan Mati India......"

Post a Comment

Close