Jalan Mati Untuk UMNO/BN Di Hulu Selangor


Dato' Zaid Ibrahim bukan satu nama yang terpencil dalam dunia politik Malaysia. baik pro UMNO/BN atau pro PKR/Pakatan Rakyat, cukup-cukup kenal akan nama Zaid Ibrahim.

Sebaik sahaja nama Zaid Ibrahim disahkan sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, serangan-serangan berbentuk peribadi bermula dari kem UMNO/BN. bukan cerita-cerita baru yang menjadi hidangan dan santapan bacaan, malah semuanya adalah ulang tayang.

Istilah "katak", "kaki botol", "kaki betina" muncul kembali. mana yang betul, mana yang salah... aku pun tak tau.

Cucu Tok Selampit menulis dalam blognya begini:
1. Datuk Zaid merupakan seekor katak yang terang-terang melompat dari parti UMNO ke PKR. Di dalam usaha terdesak puak-puak Pakatan Haram menghentam ahli-ahli mereka keluar parti dengan menjadi ahli bebas, Datuk Zaid merupakan Putera Katak yang sebenar. Saya namakan sebagai "The Prince Of Frogs"
Betul kata Cucu Tok Selampit, Dato' Zaid melompat dari UMNO ke PKR. itu kenyataan yang tak dapat kita tolak. tapi kita juga tidak lupa bahawa Dato' Zaid sebelum melompat ke PKR, adalah seorang yang memegang Jawatan "Menteri" di Jabatan Perdana Menteri, beliau juga adalah seorang yang memegang jawatan penting didalam Parti UMNO di Kota Bharu.

"Katak" ini meninggalkan semua Jawatan yang disandangnya didalam UMNO sebelum "melompat" ke Parti KeADILan Rakyat. dengan ertikata lain, "Katak" ini terjun dalam keadaan "bogel" padahal pakaian yang dipakainya sebelum itu adalah pakaian mewah yang lebih hebat dari pakaian barunya didalam PKR.

"Katak" yang "seekor" ini adalah 1-1 nya "Katak" yang meninggalkan kemewahan demi kerana menegakkan "prinsipnya" yang sealiran dengan rakyat.

Antara "Katak-Katak" yang melompat, saya memandang tinggi pada Zaid Ibrahim sebab dia adalah 1-1 nya "Katak" berjiwa rakyat. gelaran yang diberi oleh Cucu Tok Selampit pada Zaid tidak akan saya sanggah. "Prince Of Frog" agak sesuai.

Saya cuba untuk mencari 1 nama antara Katak-Katak yang melompat dan setaraf kedudukannya dengan Zaid Ibrahim tetapi saya gagal untuk mencari Katak yang mempunyai kriteria yang sama dengan Zaid.

Tiada antara mereka yang meninggalkan Jawatan yang disandang dan melompat dalam keadaan "bogel", meninggalkan kemewahan yang ada dan menikmati kehidupan "bangsat" sebagai rakyat biasa.

Jamal. Osman, Hwe, Fairuz, Zahrain dan lain-lain yang melompat setakat ini kehidupannya semakin mewah. mereka meninggalkan kehidupan sebagai rakyat biasa dari kedai-kedai kopi ke penghidupan elit di kafe-kafe dan lounge-lounge hotel 5 star.

Katak-Katak lain selepas melompat agak risau untuk muncul dikawasan DUN dan Parlimen masing-masing melainkan dengan kawalan ketat pihak berkuasa manakala Katak yang seekor ini (Zaid) tak pernah risau untuk balik ke kampung asalnya di Kota Bharu. rumah besarnya di Pasir Hor tak pernah bertutup pintu pagarnya dan tiada apa yang merisaukan beliau.

Itu beza lompatan yang "berprinsip" dengan lompatan yang "berduit". Katak yang seekor ini juga pernah bersama-sama dengan Rakyat dijalanan bermandi simbahan water canon dan bom asap dalam memperjuangkan Hak Rakyat.

Para pengundi di Hulu Selangor pada saya amat-amat beruntung sekiranya memilih Dato' Zaid sebagai Ahli Parlimen yang mewakili mereka sebab saya tahu, jika ada antara penduduk Hulu Selangor yang Haknya diperkosa oleh Kerajaan tak kira dari Pusat atau Negeri, Katak ini akan berada bersama anda mempertahankan Hak anda.

Alah bisa, tegal biasa. Zaid telah membuktikannya dalam isu ISA. prinsipnya tidak selari dengan parti yang dinaunginya dan Zaid tanpa segan silu, menyuarakan isihatinya walaupun berhadapan dengan tindakan tegas dari partinya sendiri. itu ciri-ciri yang baik.

Cucu Tok Selampit menulis lagi:
2. Datuk Zaid terkenal dengan kegemarannya "menonggang" botol-botol minuman haram. Sejak saya bertugas di sebuah Bank di Petaling Jaya awal tahun 90an, adalah menjadi kebiasaan bagi pegawai kredit seperti saya melawat pejabatnya, Zaid & Co. untuk urusan dokumentasi perundangan pelanggan. Bagi sesiapa yang pernah melawat pejabat Datuk Zaid dan rapat dengannya, pasti tahu kegemarannya dengan minuman syaitan ini.
Untuk isu ini, saya tiada maklumat yang tepat. cuma yang dapat saya ceritakan ialah, saya kenal seorang yang sangat-sangat rapat dengan Dato' Zaid Ibrahim sewaktu beliau berada didalam UMNO Kota Bharu dan inilah juga yang sering diceritakan pada saya selepas Dato' Zaid meninggalkan UMNO. sebelum itu ketika Pilihanraya Umum ke-12, kisah ini tak pernah timbul.

Saya yang memang dari dulu adalah penyokong Pakatan Rakyat (tanpa diketahui oleh "orang berkenaan") pernah bertanyakan perihal perkara tersebut ketika kempen PRU-12 dengan niat ingin menjatuhkan Zaid (dalam kempen PR-12), tetapi "orang berkenaan" menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut pada ketika itu.

"Orang berkenaan" yang saya maksudkan pada ketika ini telah berada di Hulu Selangor bersama dengan kontijen-kontijen UMNO Kelantan menaiki flight dari Pengkalan Chepa pagi tadi dan "beliau" akan pulang ke Kota Bharu selepas hari penamaan calon.

Saya juga pernah menghubungi Haji Mursyid, seorang yang saya tahu amat-amat rapat dengan Dato' Zaid dan meminta penjelasan akan perkara ini sebaik sahaja saya dapat tahu Dato' Zaid bakal mewakili Pakatan Rakyat, jawapan dari haji Mursyid ialah - kalau benar, pasti saya dahulu yang tahu.

Haji Mursyid bukan seorang yang asing dalam keluarga Dato Zaid.

Untuk isu ini, saya tak boleh nak cakap ya dan saya tak boleh nak cakap tidak.

Kata Cucu Tok Selampit lagi:
3. Datuk Zaid juga terkenal dengan penyakit goutnya. Buat penduduk-penduk di Hulu Selangor, banyak-banyakkanlah belanja Datuk Zaid makan daging merah dan makanan laut. Silap-silap bertongkat kemudiannya.
Masya-Allah... saya terkedu apabila membaca yang ini. penyakit adalah ujian dari Allah. hina sangatkah seorang yang berpenyakit dimata Cucu Tok Selampit..? saya harap dan saya berdoa memohon kepada Allah agar ahli keluarga Cucu Tok Selampit dijauhi dari sebarang penyakit, jika tidak, saya risau mereka akan disisihkan dari keluarga mereka sendiri kerana penyakit itu. amin...

Dato' Zaid bukan anak tempatan:
4. Datuk Zaid merupakan calon bukan anak tempatan Hulu Selangor. Beliau pernah bertanding atas tiket UMNO bagi kawasannya di Kota Bharu dan kalah kepada calon PAS. Untuk calon bidan terjun sebegini adakah penduduk Hulu Selangor mengharapkan beliau akan membela nasib mereka?
Anak tempatan bukan 1 tiket atau jaminan bahawa seseorang itu akan komited memperjuangkan hak-hak rakyat tempatan yang diwakilinya. Ahli Parlimen Hulu Selangor sebelum ini (Allahyarham) Dato' Zainal pun bukan anak tempatan tetapi beliau juga berjaya dan telah membuktikan bahawa beliau mampu untuk menjadi seorang wakil rakyat yang prihatin di Parlimennya.

Di Kelantan contohnya, Dr. Hatta Ramli bukan anak tempatan Kuala Krai, Saifuddin Nasution bukan anak jati Machang, Ustaz Nasaruddin Mat Isa bukan juga anak jati Bachok, tetapi kawasan Parlimen masing-masing tetap terjaga dengan baik dan mereka juga dihormati di kawasan Parlimen masing-masing malah di Negeri Kelantan kerana kewibawaan mereka dalam memberi khidmat kepada penduduk di Parlimen masing-masing.

Isu calon bukan anak tempatan bukan isu pada zaman ini kerana orang Malaysia sudah cerdik. kalau dapat calon anak tempatan tapi "khidmatnya" seperti Fairuz, Jamal dan Osman, apa yang bagusnya..? mungkin bagus bagi UMNO sebab UMNO memang berminat dengan anak tempatan yang banyak menghabiskan masanya di padang-padang golf di luar negara.

Indonesia contohnya.

Cucu Tok Selampit menulis berkenaan Zaid Tolak Hudud:
5. Siapa yang pernah melupakan calon PKR ini. Puak-puak PAS jangan cuba buat-buat lupa. Datuk Zaid semasa di dalam UMNO adalah orang yang paling lantang menentang hukum hudud. Sehingga beliau telah mengeluarkan kenyataan akan menyaman Kerajaan PAS Kelantan sekiranya Kerajaan PAS mengadaptasikan hukum hudud di Kelantan.
Berkenaan dengan hal ini, telah dijelaskan oleh Dato' Zaid didalam wawancara antara Dato' Zaid dengan wartawan Harakah dan saya siarkan tanpa sebahagiannya seperti berikut:
Semasa Datuk dalam Umno dahulu, melalui firma guaman Datuk, Zaid Ibrahim & Co, Datuk telah menyaman undang-undang hudud yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ketika itu, kenapa Datuk bertindak sedemikian. Dan ketika ini, bagaimana hubungan Datuk dengan para pemimpin PAS pula khasnya Tok Guru Nik Aziz sendiri berdasarkan sejarah itu?
Zaid: Saya sudah pun jelaskan banyak kali mengenai perkara ini dan saya pecaya Tok Guru Nik Aziz pun faham mengenainya. Walaupun saya saman PAS, saya bertanding di Kota Bharu, saya masih menang. Kalaulah PAS marah sangat pada saya, tak mungkin saya boleh menang kerusi yang kita kalah 15 tahun. Saya percaya penjelasan saya diterima.

Sebabnya begini...dalam sistem undang-undang negara kita, kita kena ikut perlembagaan. Kalau kita lari daripada perlembagaan seperti Tun Mahathir buat, maka samalah kita dengan Mahathir, buat apa yang dia suka. Soalnya undang-undang jenayah. Undang-undang yang disebut hudud ini sebenarnya undang-undang enakmen jenayah Kelantan tahun 1993.

Masalahnya undang-undang jenayah dalam perlembagaan kita hanya boleh digubal dalam parlimen, tidak boleh digubal dalam Dewan Undangan Negeri walaupun Kerajaan BN sendiri kadang-kadang menggubal undang-undang di peringkat negeri yang bercanggah dengan perlembagaan, itu saya akui.

Saya cuma hendak kemukakan kepada mahkamah bahawa hak persekutuan mesti kekal dengan persekutuan. Hak negeri kekal dengan negeri. Kalau kita tidak jelaskan perkara ini maka kita akan menghadapi masalah kerana setiap Dewan Undangan Negeri mesti menggubal undang-undang jenayah sendiri. Jadi akan bercelaru dalam sistem perundangan.

Jadi tindakan saya itu hanyalah sebagai seorang peguam untuk menjelaskan peruntukan perlembagaan. Memanglah kalau kita fikir, orang politik tidak patut buat macam itu. Boleh mati politik dia. Tapi saya berpegang kepada sesuatu prinsip. Kalau saya rasa hal ini mustahak untuk dijelaskan kepada rakyat, saya perlu jelaskan. Kalau saya tidak maju dalam politik sebab ini tidak mengapalah.

Macam saya dalam BN dulu, kalau saya nak kekal sebagai Menteri pun boleh tapi apabila Kerajaan buat sesuatu yang melampau sangat, saya rasa ini tidak betul. Itu cara sayalah. Saya bukan nak hina PAS atau nak provok PAS atau hina agama. Itu tidak timbul. Cuma soal bidang kuasa siapa yang boleh ubah undang-undang sebegini.
Wawancara penuh boleh dilayari disini.

Melihat pada serangan-serang awal yang ditujukan pada Dato' Zaid yang lebih bersifat "peribadi" membuktikan bahawa betapa UMNO/BN sedar, peluang mereka untuk menang adalah tipis.

Kempen awal ialah menyerang peribadi calon lawan, tiada isu-isu tempatan yang berani diangkat oleh UMNO/BN sebab mereka tahu, isu-isu tempatan akan memakan diri mereka (UMNO/BN). mereka tahu antara isu yang paling-paling perlu diselesaikan ialah isu pemilikan tanah yang telah berlanjutan selama lebih 20 tahun dan ianya adalah isu lama yang gagal ditangani oleh UMNO/BN ketika mereka mengepalai Kerajaan Negeri Selangor.

Isu pemilikan tanah hanya boleh diselesaikan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat TIDAK ADA KUASA untuk menyelesaikan isu ini.

Masuk ke felda-felda di kawasan Hulu Selangor, juga UMNO/BN gagal untuk menyelesaikan masalah "turun temurun" anak-anak felda padahal Pengerusi Felda sendiri ialah Perdana Menteri Malaysia.

Isu felda akan dihuraikan kemudian tetapi untuk pengetahuan anda, isu felda di Hulu Selangor, tidak ada bezanya dengan apa yang dihadapi oleh anak-anak dan peneroka felda di Pahang, Tanah Tumpah Pengerusi Felda - Perdana Menteri Malaysia.

Sebab itu saya katakan - isu anak tempatan bukan isu utama pada zaman ini. sedangkan Najib sendiri pun gagal menangani isu felda di Negerinya (Pahang) padahal beliau adalah anak jati Pahang.

Kalau tak silap pengetahuan saya, peneroka-peneroka felda memegang saham sebanyak 51% didalam felda tetapi mereka-mereka ini TIADA HAK didalam felda. ini antara "Perjanjian Syaitan" dibawah UMNO/BN.

APCO pun bukan Syarikat anak jati Negara Malaysia tetapi boleh pula diberi tanggungjawab yang besar di Negara Malaysia. kenapa..? sudah pasti UMNO/BN akan menjawab - Kerana mereka (APCO) berkelayakan.

Jadi apa masalahnya kalau Zaid yang bukan anak tempatan tetapi berkelayakan menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor..?

topeng perak


Ads1pos.com

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jalan Mati Untuk UMNO/BN Di Hulu Selangor"

Post a Comment

Close