Apa Khabar Orang Kampung: Taman Negara lokasi Filem Lucah

KAWASAN yang didakwa menjadi lokasi penggambaran filem lucah di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut.

JERANTUT - Penerbit filem asing dipercayai menjadikan Taman Negara sebagai lokasi pembikinan filem lucah. Penggambaran tersebut dikatakan dilakukan dengan melibatkan pelakonnya berbogel di Taman Negara Kuala Tahan di sini sehingga mencetuskan kemarahan penduduk tempatan.
Ketua Pemuda UMNO Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak mendedahkan, penggambaran seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberikan imej buruk kepada negara. "Saya menerima aduan daripada penduduk dan semasa membuat lawatan mengejut di situ awal April lalu, saya telah melihat sendiri beberapa adegan yang tidak sepatutnya. "Malangnya, pengarah produksi asing berkenaan tetap berkeras mengatakan adegan itu tidak menyalahi budaya tempatan dan sebahagian merupakan arahannya," kata beliau semasa ditemui pemberita. KOSMO

Abu Luqman , sebelum ini di selatan tanah air kita telah dikejutkan dengan perkara ini, maka pihak yang berwajib perlu mengambil iktibar di atas perkara yang telah berlaku serta mengambil langkah langkah yang lebih proaktif bagi menangai masalah ini. Bukan sekadar mengaut kentungan daripada hasil pelancungan sahaja. Berfikirlah...wahai teman teman.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Apa Khabar Orang Kampung: Taman Negara lokasi Filem Lucah"

Post a Comment

Close