Dinegara-negara LAIN DIDUNIA waima dinegara paling tidak maju sekali pun dalam dunia ... barang yang berkualiti lebih tinggi sudah pasti harganya lebih mahal dari barang yang kualiti lebih rendah ...
itu adalah hukum dan amalan universal yang logik .... tepai di Malaysia negara yang diperintah oleh UMNO berketuakan Najib Razak lain dari yang lain .. pelik lagi menghairankan ...BARANG BERKUALITI RENDAH LEBIH MURAH DARI BARANG KUALITINYA LEBIH TINGGI.
Ini bermakna negara Malaysia yang diurus tadbir oleh UMNO/BN berketuakan Najib Razak adalah yang paling hampeh dan teruk sekali dalam dunia??????
Ini terjadi pada RON95 dan RON97 ... Harga RON95 tanpa subsidi jika diambil kira apa yang dipekikkan oleh para pemimpin UMNO jika tiada subsidi berharga RM2.73sen seliter ..
Iaitu RM2.10 seliter harga pam dan ditambah 63sen seliter harga subsidi yang dihebohkan oleh kerajaan UMNO/BN ....Sedangkan harga RON97 kini yang sedikit pun tidak menerima subsidi harga dipam ialah sebanyak RM2.70sen seliter .. 3 sen lebih murah dari RON95.
Satu dunia pun tahu .. kualiti RON97 lebih baik dan tinggi dari RON95 tetapi mengapa boleh lebih murah dari RON95??????
Atau ada sesuatu yang tidak kena dengan angka subsidi ini ?????...
Kerajaan perlu memberikan penjelasan kepada rakyat berkenaan harga Petrol RON97 yang lebih murah berbanding RON95.
Rakyat keliru keadaan itu berlaku kerana harga RON 95 sepatutnya lebih murah jika kerajaan serius untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dalam pemberian subsidi bahan api itu.
Keadaan itu menunjukkan kerajaan tidak telus dalam penstrukturan subsidinya dan adanya hanky panky.
Harga RON97 Naik 15 Sen Tengah Malam Ini
Harga RON97 akan dinaikkan 15 sen bermula tengah malam ini, dua hari selepas kerajaan menaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Datuk Hashim Othman berkata harga baru itu menjadikan harga RON97 dinaikkan kepada RM2.85 seliter.
Katanya, tiada pengumuman awal dibuat berikutan persatuan tidak mahu ramai pengguna beratur panjang untuk mendapatkan bahan bakar tersebut seperti Isnin lalu sebaik sahaja pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sumber dari Kementerian Kewangan menjelaskan harga RON97 tidak mendapat subsidi kerajaan tetapi berdasarkan harga pasaran dunia.
Sementara itu, ketua perancang ekonomi CIMB Lee Heng Guie berkata kenaikan RON97 tidak dapat dielakkan meskipun ianya tidak berkaitan dengan program rasionalisasi subsidi kerajaan.
"Hanya 3 ke 4 peratus pemilik kenderaan menggunakan RON97 maka impak kenaikkannya tidak terlalu dirasakan," katanya.
Pada Mac lalu, harga RON97 mencatat kenaikkan 20 sen menjadikan harganya RM2.90 namun dua bulan selepas itu harganya diturunkan kepada RM2.70 berdasarkan harga purata minyak mentah global. ~the malaysian insider
0 Response to "Punca RON97 Naik 15 Sen Tengah Malam Ini Tersebar"
Post a Comment