Nazri Aziz Buat U-Turn


9/3/2013 5:00:00 PM
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) menafikan mengeluarkan kenyataan  mengatakan masyarakat Cina sebagai pencetus kepada Tragedi Berdarah 13 Mei 1969.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, apa yang dbeliau katakan pada ketika itu adalah seluruh komuniti Cina tidak bersalah disebabkan insiden dilakukan segelintir individu.


"Saya tidak berkata demikian, mereka salah faham apa yang saya cakap, if you know me, saya tidak akan cakap macam tue," kata Mohamed Nazri kepada pemberita semasa Majlis Warna-Warni Aidilfitri anjuran Kementerian Pelancoongan di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas mengenai cadangan Penasihat DAP Lim Kit Siang agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan tragedi 13 Mei, Nazri mengatakan ianya merupakan satu cadangan bodoh.

"Saya tidak rasa sejarah harus diubah semula dan itu semua adalah cadangan bodoh," katanya. 

"Mereka tanya mengenai Tanda Putera isaya tanya apa masalah dengan filem ini, kemudian seorang wartawan kerana tanya kerana kaum Cina terasa apabila digambarkan sebegitu.

"Apa yang saya katakan hari itu jangan kerana satu dua orang Cina seluruh masyarat Cina disalahkan dan saya bagi contoh Hitler yang membunuh Yahudi tapi kita tidak boleh cakap seluruh rakyat Jerman yang melakukan perbuatan itu," katanya lagi.

Sabtu lalu Mohamed Nazri dilaporkan bersetuju dengan gambaran filem Tanda Putera yang kononnya kaum Cina sebagai pencetus 13 Mei.

Namun, beliau turut berkata ia hanya dilakukan oleh segelintir individu dan menegaskan mana-mana pihak tidak seharusnya terasa kerana apa yang dipertontonkan itu adalah sejarah. ~the malaysian insider


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to " Nazri Aziz Buat U-Turn"

Post a Comment

Close