NGO Desak Najib Tunai Janji Ucapan Di PBB




AsSajjad Movement mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi seorang yang tidak tunduk kepada tekanan kumpulan pelampau Islam dan ultra Melayu dalam Umno serta komited melakukan apa yang dijanjikan.

Pengerusinya, Hussain Sajjad, berkata ucapan Najib di New York sempena Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kali ke-68 menggesa penganut Sunni dan Syiah melakukan kerukunan dan perdamaian tetapi pihak berkuasa agama masih mengganas di Malaysia yang jelas bertentangan dengan aspirasi Perdana Menteri.

"Kami mengecam pencerobohan dilakukan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di markas penganut Syiah di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak pada malam Jumaat.

"Pihak berkuasa agama merampas dan mengambil harta benda, sejumlah wang sedekah untuk anak yatim dan banyak barang bernilai milik penganut Syiah dari lokasi yang dimaksudkan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, serbuan tersebut menyebabkan kerosakan yang amat teruk ke atas premis yang menjadi tempat ibadat minoriti Syiah di negeri tersebut.Beliau turut mengecam tindakan pejabat agama mancabul hak seorang penganut fahaman Syiah dari Rompin, Pahang yang tidak menyebar fahaman tersebut tetapi ditahan dan disoal siasat.

Perdana Menteri semaca berucap di Mesyuarat Agung PBB menggesa kekejaman yang berlaku di sesetengah negara Islam perlu segera dihentikan dan menyifatkan situasi semakin buruk dan banyak nyawa yang terkoban.

Beliau berkata, pendekatan paling terbaik adalah wasatiyah iaitu amalan bersederhana sambil menggesa masyarakat antarabangsa perlu segera mencari usaha perdamaian bagi mengurangkan ketegangan di negara Islam.

Katanya, konflik di antara Sunni dan Syiah mengancam ribuan nyawa umat Islam dan Islam diputarbelitkan oleh puak pendesak yang memberi tafsiran salah dan mengundang perpecahan umat. ~the malaysian insider



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "NGO Desak Najib Tunai Janji Ucapan Di PBB"

Post a Comment

Close