Kerajaan Kelantan pimpinan PAS mengumumkan pembinaan Lebuh Raya Rakyat yang akan bermula awal tahun depan 2014 dan projek sejauh 73 kilometer tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Projek tersebut yang dirancang sejak tahun 1986 dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) bagaimanapun tidak dilaksanakan sehingga sekarang, memaksa kerajaan PAS negeri tersebut mengambil inisiatif untuk menyiapkannya sendiri.
Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah (gambar), projek menelan belanja RM669 juta tersebut dengan kerjasama sebuah syarikat di Dubai diharap dapat menangani masalah kesesakan yang berlaku setiap kali musim perayaan.
"Menjadi harapan kerajaan negeri Kelantan dengan siapnya lebuh raya ini dapat menyelesaikan masalah kesesakan melampau yang sudah bertahun-tahun," katanya yang dipetik berkata dalam Harakahdaily hari ini.
Pembinaan Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai mula dirancang seawal Rancangan Malaysia Kelima pada penghujung 1980an.
Lebuh raya tersebut dirancang untuk dibina sebagai alternatif kepada Laluan Persekutuan yang sesak teruk di jajaran Kota Bharu-Kuala Krai, yang menjadi lebih parah setiap kali musim perayaan.
Namun demikian, projek lebuh raya itu digugurkan, berikutan kekalahan kerajaan BN negeri Kelantan kepada gabungan PAS-Semangat 46 semasa pilihan raya umum 1990.
Projek tersebut kemudian dihidupkan semula oleh Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai salah satu projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, tetapi kemudiannya digugurkan terus setelah Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri keenam.
Akibatnya, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS mengambil keputusan untuk membina sendiri lebuh raya itu.
Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012.
Pembinaan lebuh raya tersebut oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS sering dikecam hebat oleh kerajaan persekutuan pimpinan BN, dengan mendakwa bahawa projek lebuh raya berkenaan hanyalah sekadar gimik politik oleh kerajaan negeri. ~tmi
0 Response to "Berita Kejahatan BN Yang Tak Di Siarkan Di Utusan, RTM Dan TV3"
Post a Comment