Gambar Pengebumian Mangsa Titanic Di Lelong



Sebuah foto yang memaparkan imej majlis pengebumian besar-besaran mangsa kapal Titanic yang karam akibat melanggar bongkah ais pada tahun 1912 kini bakal dilelong dengan harga permulaan RM21,978.

Lelongan itu akan diadakan pada 19 Oktober depan di Devizes, Wilts dan dikendalikan syarikat Henry Aldridge & Son.

Foto itu dirakamkan beberapa hari selepas kejadian malang itu, namun baru ditunjukkan kepada orang awam pada tahun ini

Ia memaparkan wajah sugul insan-insan yang memberi penghormatan terakhir kepada mangsa dalam sebuah bot besar, Rev Hind sebelum mereka dikebumikan ke dalam laut.

Turut dilihat dalam imej itu ialah dua lelaki sedang menyusun mayat-mayat mangsa. Foto tersebut turut mendapat perhatian apabila dikatakan 'berhantu'.

Tidak tahulah 'hantu' macam mana yang dimaksudkan, namun sesiapa yang melihat foto ini pasti dapat merasai kesedihan yang dialami pada saat itu.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Gambar Pengebumian Mangsa Titanic Di Lelong"

Post a Comment

Close