Di sebalik tokoh kepimpinan yang jelas, hakikatnya Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak seorang yang pandai memasak termasuk menyediakan resepi ayam goreng popular, KFC.
Presiden Pertubuhan Setiakawan Ummah Malaysia (Setiakawan), Datuk Mat Nanyan Saad berkata, keistimewaan Allahyarham itulah menjadi antara kenangan manis yang tidak dapat dilupakan apabila mengenang Azizan yang kembali ke rahmatullah, kelmarin.
"Sewaktu saya bekerja sebagai pegawai bimbingan agama dan akhlak di London, secara kebetulan Azizan juga bekerja di sana.
"Azizan bekerja di bahagian dapur restoran KFC di London dan beliau memang pandai memasak.
Beliau pernah datang ke rumah dan mengajar isteri saya memasak resipi KFC," katanya.
Mat Nanyan berkata, pemergian Azizan sesungguhnya menyebabkan Pas Kedah dan rakyat negeri ini kehilangan seorang pejuang Islam yang tulen kerana Azizan adalah seorang pemimpin cukup sederhana.
"Sepanjang mentadbir Kedah, saya lihat beliau tidak ada kepentingan diri. Tetapi sebagai manusia, tidak ada seorang pun yang sempurna 100 peratus."Memang lumrah kadang-kadang ada orang suka dan ada yang tidak suka dengan caranya mentadbir.
Bukan senang nak tadbir negeri dengan keputusan yang boleh diterima semua, tetapi pendekatan yang dibuat amat bijak," katanya.Katanya, ketokohan Azizan juga tidak ada pengganti atau yang setanding dengannya.
"Kalau nak cari orang sepertinya memang susah sebab beliau seorang yang tidak mengejar kekayaan dunia dan hanya bersikap sederhana sewaktu mentadbir," katanya. ~bernama
0 Response to "Allahyarham Ustaz Azizan Pandai Masak KFC"
Post a Comment