UMNO jaga kebajikan Anak-Anak Muda.....?

Salam tengahmalam dari hulu selangor. suasana tetap membahang, para cerdik pandai sedang bertungkus lumus memerah idea untuk menghadapi serangan menggila umno dan barisan nasional. muhyidin dah mengerakkan jentera puterinya untuk menjalankan konvoi masuk ke felda dan kampung. suasana kedai kopi tetap meriah, tadi masa aku habis hantar pesanan penaja ke rumah rumah peneroka, aku singgah mengalas perut yang sedang mendendangkan keroncong. semua tempat penuh, meja aku je kosong sebab aku pakai baju pkr, malam ni last aku pakai baju pkr esok kena basuhlah. dah lencun, peluh membasah baju. dah bagi selai je, tengah sedap minum masuk 5 anak muda berbaju umno, hitam pekat macam kumpulan haram je. nak duduk dgn member tak ada tempat duduk dah, tempat aku je kosong, apa lah orang umno ni meh le duk dengan orang pkr ni, nak takut apanya, aku bukan bengkeng pun. aku ajak duduk kat aku mereka teragak agak. akhirnya duduk gak, mintak air je

aku tanya dari mana, takut takut nak jawab, alah dik abang ni orang pkr, tengok pakai baju pkr, makan minum ala pkr, nak takut apanya, dia takut aku kempen ke, cess apa kelas kempen dalam kedai makan. minum aje ke dik, aku tanya, ada seorang mungkin ketua dia kot, minum je bang, slow je jawab duit tak dapat lagi, tapi aku dengar slow pun, pehhh telinga aku mcm lintah, dpt je tangkap cakap budak walaupun slow. makan le dik abang belanja, ni bukan kempen le dik, ikhlas ni, order je dik abang bayar, cian budak budak ni umno kerah kerja bagi makan tak, budak budak ni kata janji nak bayar tiap tiap hari lepas pukul 12 setiap malam, tapi dah 4 malam tak dapat. apalah umno ni budak budak pun tipu ka.

makanlah budak budak cian aku tengok macam orang afrika, lapor rupanya, nasib baik dia jumpa dengan orang pkr ni, kalau dia jumpa orang pas, mesti orang pas bagi biskut kering dengan tea o je. lepas makan banyak pulak dia orang sembang dah tak takut dengan orang pkr ke, . mereka tanya kenapa abang sokong pkr, zaid kan minum arak, ada kuda lumba, ada banyak lagi tanya aku, maklumlah 5 lawan satu aku senyap je, budak budak ini tak tahu lagi orang pkr ni lulusan PASTI, tahap terbilang, soalan hang tu aku khatam 18x dah. aku tanya mereka napa mereka sokong umno dan barisan nasional, mereka kata umno parti orang melayu dan kalau datang berkempen dapat wang, pakatan rakyat tak bagi, oleh kerana mereka ni dah kena racun dengan umno aku terpaksa bagi ubat sikit.

banyak le dia orang jawab pehhh btn dah basuh otak budak budak ini. aku jawab le umno dan barisan ni dik, penipu, pecah amanah dan khianat pada orang melayu, mereka marah kat aku, tulah pembangkang semua yang umno buat semua kata penipu, cool down dik, kita bincang dulu, jangan hot, contoh yang nyata aku bagi dah 4 malam dia orang tak bayar gaji kau orang tak tipu lagi ke, janji tiap tiap malam, islam tak ajar pengikutnya tak tepati janji. terdiam mereka, tu baru satu jawapan, dah diam, apa le lu orang ni, serang aku orang pkr ni bagai nak rak, aku bagi hujah sikit dah diam,

dah tu kenapa abg sokong pakatan rakyat, datang kempen dengan duit sendiri, abang datang ni dik, kerana nak tolong rakyat malaysia jangan kena tipu dengan barisan nasional. dan yang paling penting bagi abang, abang boleh menyelamatkan anak anak abang, cucu cucu, cicit dan mewarisikan negara malaysia dalam keadaan baik bukan korup seperti sekarang, abang bukan berjuang untuk diri abang, abang berjuang untuk masa depan malaysia, macam mak ayah kita kerja, dia orang nak bagi adik adik senang, bukan untuk diri sendiri, jika kita susah skrg, generasi akan datang tak susah macam skrg. sebab tu kita kena lawan umno. mengangguk macam baru sedar dari mimpi je, kasihan budak budak ni ditipu hidup hidup oleh umno.

walaupun habis duit, sekurangnya budak budak ni dah mulai nak dekat dan kenal pakatan rakyat. malangnya jadi orang pkr ni, asyik kena bayar je, nak claim kat sapa ntahle, parti pkr dan pas pun bukan berduit sangat, tak apalh belanja orang makan minum ikhlas, ada lah rezeki tuhan bagi. aku harap budak budak tadi kalau berpusing dan menyertai pakatan rakyat mereka boleh menjadi pegempur dibarisan depan kerana mereka berani berhadap dengan orang, banyak soalan menduga akal, kalau tak banyak ilmu politik hancur, oooo sebab tu nabi suruh belajar alquran rupanya. banyak rahsia yang boleh digali.

FreezoneTerengganu For Rakyat

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "UMNO jaga kebajikan Anak-Anak Muda.....?"

Post a Comment

Close