Hulu Selangor: Sidang Media - Jangan Jadi Mangsa PKR......?


11:00 pagi, Pusat Media Pilihanraya Kecil P-094, Hulu Selangor.


Dato' Zaid Ibrahim dalam 1 jawapan balasnya kepada wartawan media menyatakan kesediaannya untuk berhadapan dengan bukan sahaja rakan-rakan dalam UMNO/BN sekiranya dipilih oleh majoriti pengundi Hulu Selangor, malah - beliau juga sangat-sangat bersedia untuk berhadapan dengan 3 "taiko" UMNO/BN iaitu gabungan Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin dan juga Tun Dr. Mahathir bila-bila masa sahaja untuk memperjuangkan masalah rakyat bukan sahaja di Hulu Selangor, malahan seluruh Negara Malaysia.
Trio-trio ini biasa saya hadapi ketika berada didalam UMNO dahulu dan atas kapasiti saya yang kini berada didalam Pakatan Rakyat sekarang, pasti ini akan lebih menyukarkan Trio UMNO/BN. ketika berada dalam UMNO/BN dahulu, adakalanya saya terikat dengan Perlembagaan Parti yang tidak menyebelahi rakyat, tetapi sekarang tidak lagi.

Suara rakyat akan menjadi lebih kuat lagi atas kapasiti saya sekarang. UMNO/BN akan terpaksa berhadapan dengan saya (Dato' Zaid Ibrahim) yang 1 masa dahulu bersama mereka. saya tahu banyak perkara tentang mereka jadi agak mudah untuk saya berhadapan dan agak sukar bagi mereka untuk menghadapi saya.

Mereka pasti akan menghadapi kesukaran sekiranya mereka menganiaya rakyat kerana saya akan bersama dengan rakyat menentang mereka demi hak rakyat yang dinafikan..!
Itu mesej Dato' Zaid Ibrahim, calon yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil P-094, Hulu Selangor.

Mesej yang baik dan sesuatu yang perlu difikirkan dengan waras oleh para pengundi yang bakal mengundi pada 25hb. April, 2010 ini.

Aku tak yakin P.Kamalanathan (Mr. Kamal/Mr. Alan/Mr. Nathan/Haji Kamal or what ever lah bla bla bla...) bersedia untuk melawan arus demi kepentingan rakyat sebab kita dah lihat sejak dari lama dulu, tak ada seorang pun pimpinan UMNO/BN yang berani berhadapan dengan "Master Ji" UMNO/BN dalam hal rakyat.

Slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" hanya sekadar slogan. tak payah susah-susah nak fikir la... masa Parlimen usulkan kenaikan harga minyak yang kita tau ianya akan membebankan rakyat dulu, berapa orang Ahli Parlimen UMNO/BN yang menolak dalam perbahasan..?

Sebut 1 nama pun cukup la...

Bab "Prinsip", aku tetap tabik dekat Dato' Zaid... sanggup tinggal kepentingan dalam Kerajaan demi "Prinsip" dan ini terbukti. orang UMNO/BN yang lain ada..?

Fakap Lu La...!!!


Tuntutan Peneroka Felda


1. Peneroka menuntut agar status pegangan hakmilik tanah ditukar daripada pegangan pajakan kepada pegangan hakmilik kekal.

2. Peneroka menuntut agar dihapuskan Felda Plantation bagi menjamin masa depan generasi ke-2 peneroka dan semua ladang dibawah kelolaan Felda Plantation hendaklah dipecahkan mengikut plot-plot ladang seluas 10 ekar dan diagihkan kepada anak-anak peneroka.

3. Peneroka menuntut diberikan kebebasan memilih untuk tanam semula sendiri tanpa apa-apa halangan, tekanan dan sekatan dari Felda bagi menjamin masa depan peneroka.

4. Peneroka menuntut Felda membayar gantirugi hasil hantaran buah kelapa sawit dan perahan kepada seluruh peneroka yang terlibat sebagaimana kemenangan tuntutan kes Felda Sungai Kemahang.

5. Peneroka menuntut Felda menyelesaikan permasalahan generasi ke-2 terutamanya aspek pendidikan di samping masalah sosial. Felda seharusnya memberi tumpuan dan peruntukan dana yang sewajarnya di dalam meningkatkan kemajuan diri anak-anak penroka di dalam aspek pendidikan dan sebagainya kerana mereka adalah harapan Agama, Bangsa dan Negara.

Beberapa perkara dalam tuntutan diatas sebenarnya telah berlanjutan sejak 20 tahun dulu tapi disebabkan Kerajaan UMNO/BN terlalu angkuh dan hanya tahu mengambil kesempatan diatas kelemahan para peneroka, maka ianya dinafikan begitu sahaja.

Dato' Zaid telah memerhatikan dan memperhalusi perkara (tuntutan) ini sejak beberapa minggu lalu dan hasil dari perbincangannya dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Tan Sri Khalid bersedia untuk bekerjasama dengan ato' Zaid untuk menguruskan hal-hal berkaitan kerana hal-ehwal tersebut berada dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri dan bukannya Kerajaan Pusat.

Wajar untuk para peneroka memilih Dato' Zaid Ibrahim sebagai Ahli Parlimen mereka kerana perkara ini sudah pasti akan menjadi lebih mudah kerana Dato' Zaid berada didalam Pakatan Rakyat yang memegang kuasa di Selangor.

Satu Jawatankuasa yang akan mengurus dan menyelesaikan hal-hal berbangkit akan ditubuhkan dan Jawatankuasa ini akan membantu para peneroka menyelesaikan masalah mereka sehinggalah mereka berpuas hati dengan kedudukan mereka sebagai pemegang saham terbanyak didalam Felda.

Jawatankuasa ini juga akan memberikan pandangan, khidmat nasihat dan khidmat guaman untuk menghadapi apa jua tentangan dari pengurusan Felda. Dato' Zaid Ibrahim sendiri akan mengepalai peguam-peguam yang akan membantu para peneroka dalam hal ini.


Penduduk Bukit Pelanduk Serang UMNO/BN di Hulu Selangor.

Hampir 50 penduduk Bukit Pelanduk sekarang berada di Hulu Selangor dan akan menjejak Puaka-Puaka UMNO/BN yang banyak menipu, menganiaya dan memperdaya mereka ketika penyakit JE kecoh di Malaysia.

Mereka ini datang untuk menuntut hak mereka seperti yang telah dijanjikan oleh UMNO/BN dahulu.

Kami akan berada dimana-mana sahaja mulai hari ini. kami akan bertemu para penduduk Hulu selangor untuk menerangkan apa yang telah berlaku kepada kami, bagaimana kami ditipu oleh UMNO/BN. kami akan perjelaskan bagaimana Kerajaan UMNO/BN mengambil kesempatan memperdaya kami ketika kami dalam kesusahan dulu.

Mereka datang kepada kami ketika kami berada dalam kesusahan dahulu dengan janji akan menbantu kami, rupa-rupanya mereka mengambil kesempatan diatas kelemahan kami ketika itu. UMNO/BN lebih bahaya dari penyakit JE. kami tahu kerana kami adalah mangsa mereka. mangsa penyakit JE mati serta-merta manakala mangsa UMNO/BN masih hidup tetapi "menderita".

Kami harap penduduk Hulu Selangor tidak akan tertipu seperti kami sebab itulah kami datang untuk menjelaskan kepada warga Hulu Selangor akan bahaya UMNO/BN berbanding penyakit JE..!

Perisik Rakyat

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hulu Selangor: Sidang Media - Jangan Jadi Mangsa PKR......?"

Post a Comment

Close