BONGKAR: Kebijaksanaan blogger UMNO dan budi bahasa penyokong yang berhemah tinggi lagi mulia.....



Oleh: Pria Malaya

Begitulah antara makian dan herdikan penyokong Umno kepada blogger Umno Gerakan Anti PKR (GAP) diatas isu penyebaran gambar palsu yang telah diedit..isu ini tidak menjadi hangat jika GAP tidak mengumumkan bahawa beliau mempunyai gambar ori Zaid bersama botol arak (dengan penuh yakin)..

Ia semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila Akhbar milik rakyat yang telah di salahguna(Utusan Malaysia dan Berita Harian) mengambil bahagian memaparkan berita mengenai blogger pro kerajaan akan menyiarkan satu gambar GEMPAR mengenai Zaid dan arak..

Boleh baca di sini:

- Pengendali blog sambut cabaran Azmin

Setelah menyebarkan gambar itu, ramai dikalangan penyokong, blogger dan forumer Umno terharu, malah memuji tindakan GAP kerana berjaya mendedahkan BERITA PANAS tersebut sepertimana dijanjikannya..masing2 giat dan galak menyebarkan foto tersebut malah sudah bersiap sedia untuk mengulangcetak untuk dijadikan bahan kempen di Hulu Selangor...

Namun, segalanya terjawab tidak sampai 3 jam selepas blogger fanatik Umno itu mendedahkan
entry kononnya 'terpanas' itu..rupanya gambar yang ingin hanyalah auta dan fitnah jahat semata2..jelas gambar yang kononnya GEMPAR itu adalah palsu dan telah diubah semata2 mahu memburuk2kan Zaid...boleh baca pendedahan isu ini oleh penulis di sini..



Setakat artikel ini ditulis, blogger itu masih belum mengakui kesilapan dan kesalahnya, apatah lagi memohon maaf..beliau masih ligat mengeluarkan artikel2 lain sambil memekakkan telinga dari kecaman dan teguran orang lain..

Ibarat sudah terjatuh ditimpa tangga, GAP kini menjadi buruan cercaan dan hinaan penyokong Umno diatas isu gambar palsu yang dipaparkannya..ramai dikalangan penyokong dan ahli Umno terkejut, malu, marah dan tidak puas hati dgn GAP..

Penulis dgn ini lampirkan beberapa kenyataan penyokong a.k.a forumer MYKMU yang bengang terhadap tindakan GAP yang didakwa boleh merosakkan imeh Umno, memburukkan imej Utusan Malaysia dan lain2...saksikan antara komen penyokong gerombolan dibawah:


PemudaSelangor:

"dah kantoi ghambar super impose sekarang sapa yang malu? cakap bukan main gah. Kalau nak buktikan zaid minum arak pun jangan sampai menipu. Tu bodoh namanya. Sekarang ni dengan utusan sekali org gelak."
adamyan:
"tapi apa pun aku rasa tindakan GAP tu sia-sia, mengundang saman tak pasal-pasal..

GAP kena mintak maafla kepada zaid..sebenarnya gambar tu tak perlu pun sebab zaid dah buat pengakuan yang dia memang kaki todi (dulu tak dulu)..zaid minum satu hal, mengsuperimposedkan gambarnya satu hal lain.."


PemudaSelangor:
"blogger belagak pandai tu gila. yang ko orang layan buat apa. Cuba tengok dia bukan main tentang calon MIC. siap maki khir toyo dengan DS Najib. Siap ugut nak bertanding bebas kalau calon BN dari MIC.

Apabila dah putus Kamalanathan calon dia kata itu adalah hasil perjuangannya. hahahah apa punya gila.

hati hati sikit dengan Gap ni."
MelayuGlokal:
"Hampeh GAP... ini pasal credibiliti...:( "
paklahku_sayang:
"mana dia gambar betul.......takkan takder..yg dah kantoi ni deletelah cepat2.....dia dah ngaku pun penah minum....korang buh pic potoshop ni..takut org yg nak percaya jd tak caya.."
mussolini:
"terima kasih la kepada yang tepek gambaq asai tu (walaupon hang aku rasa penyokong pembangkang)

cibai punya GAP...dah terang2 kantoi menipu pon nak dolak dalih lagi

kalo dah tian chua,penyokong pembangkang menipu gambaq superimposed..yang dia pon ikut jadi bangang tu pasai apa?

bodo serupa lembu"


rhg:
"elakkan berpolitik cara "superimposed" amat memalukan. GAP telah hilang kredibiliti dgn mengeluarkan bukti yang diheboh2kan semalam dgn hanya gambar superimposed.
susah nak dapat gambar zaid pegang gelas arak kecuali dalam personal albumnya.
dalam akhbar the edge tahun lepas ada gambar zaid bersama anak lelakinya berlatarbelakangkan bar yang dipenuhi minuman keras."
Ababyl79:
"Berita Harian jadi tukang kompang semalam kata ada sesuatu yg mengejutkan akan dibuat oleh blogger's seperti GAP hari ini(tengah hari tadi). Media arus perdana seperti Berita Harian pasti tidak akan percaya lagi pada kredibiliti blogger's seperti GAP selepas Berita Harian berbaik hati jadi tukang publisitikan GAP.

Nasib baik blog Unspinners tidak disebut & terbabit, hehehehe."
Boleh baca seterusnya di laman forum MYKMU di sini...dan banyak lagi sebenarnya kenyatan/komen yg diluahkan penyokong Umno memakihamun dan mencerca GAP kerana memalukan imej Umno diruang2 maya baik di web site, blog, laman forum, ruangan komen dan lain2.....

Mungkin juga korang boleh lihat di laman FaceBook seperti dibawah..sungguh lucu dan memalukan..




Baca seterusnya di sini...

Akhir kalam, semoga menjadi pengajaran berguna khususnya kepada blogger parti Islam Umno supaya berhenti menyebarkan fitnah dan aib...wallahua'lam..



:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :::

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "BONGKAR: Kebijaksanaan blogger UMNO dan budi bahasa penyokong yang berhemah tinggi lagi mulia....."

Post a Comment

Close