Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi menunjukkan dua pucuk surat sebagai bukti bahawa beliau mempunyai cukup jumlah ahli parlimen untuk mengambil alih kuasa daripada kerajaan BN melalui 'Projek 16 September'.
Anwar berkata surat pertama bertarikh 18 September 2008 yang menuntut agar Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memanggil sidang tergempar kerana ahli Dewan Rakyat sudah hilang keyakinan kepadanya.
"Jika tak ada jumlahnya, adakah boleh diadakan sidang parlimen tergempar?" katanya Anwar ketika berceramah di hadapan kira-kira 400 orang di Padang Perumahan Taman Teratai, yang dikatakan kubu kuat Umno.
Manakala surat bertarikh pada hari berikutnya, kata Anwar, memohon perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan kerana mempunyai cukup majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan yang baru.
"Bagaimanapun Allah mentakdirkan perkara itu tidak menjadi," katanya sambil merayu agar pengundi memberi sokongan kepada calon PKR Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April ini.
Anwar yang juga penasihat ekonomi kerajaan Selangor menyentuh pendedahannya bahawa kerajaan Malaysiamembuat perjanjian dengan sebuah firma perunding yang mempunyai kaitan dengan Yahudi.
"Jika tak ada jumlahnya, adakah boleh diadakan sidang parlimen tergempar?" katanya Anwar ketika berceramah di hadapan kira-kira 400 orang di Padang Perumahan Taman Teratai, yang dikatakan kubu kuat Umno.
Manakala surat bertarikh pada hari berikutnya, kata Anwar, memohon perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan kerana mempunyai cukup majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan yang baru.
"Bagaimanapun Allah mentakdirkan perkara itu tidak menjadi," katanya sambil merayu agar pengundi memberi sokongan kepada calon PKR Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April ini.
Anwar yang juga penasihat ekonomi kerajaan Selangor menyentuh pendedahannya bahawa kerajaan Malaysia
Ia susulan keputusan Dewan Rakyat petang semalam meluluskan usul merujuk Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran pendedahan beliau itu.
Anwar menjelaskan kepada pengundi dengan menunjukkan salinan surat perjanjian kerajaan Malaysia dan firma Apco itu.
"Surat (perjanjian) Apco dan kerajaanIsrael sama dengan surat (perjanjian) antara Apco dengan Malaysia. Jawablah, buat apa hina saya ... Jawablah, buat apa hukum saya," katanya.
Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata, beliau telah memuatkan salinan perjanjian tersebut di dalam blog rasminya.
Dalam perkembangan berkaitan, ketua umum PKR itu juga menjawab tohmahan yang mendakwanya menjadi "boneka kepada Yahudi".
Beliau turut menunjukkan satu risalah mendakwa bahawa beliau mempunyai "lingkaran dengan Yahudi".
Anwar menyifatkan tindakan tersebut dilakukan oleh "orang munafik dan pembohong"
"Haram saya berdamping dengan mereka. Saya tidak buat kerja itu semua," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Anwar menjelaskan kepada pengundi dengan menunjukkan salinan surat perjanjian kerajaan Malaysia dan firma Apco itu.
"Surat (perjanjian) Apco dan kerajaan
Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata, beliau telah memuatkan salinan perjanjian tersebut di dalam blog rasminya.
Dalam perkembangan berkaitan, ketua umum PKR itu juga menjawab tohmahan yang mendakwanya menjadi "boneka kepada Yahudi".
Beliau turut menunjukkan satu risalah mendakwa bahawa beliau mempunyai "lingkaran dengan Yahudi".
Anwar menyifatkan tindakan tersebut dilakukan oleh "orang munafik dan pembohong"
"Haram saya berdamping dengan mereka. Saya tidak buat kerja itu semua," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.
0 Response to "Anwar: Allah takdirkan 'Projek 16 Sept' tak jadi"
Post a Comment