PR GUNA SEKOLAH UNTUK PROGRAM JUARA RAKYAT..





Oleh : Guru Pencen Sungai Bakap

Nibong Tebal, 17 April 2010

Akibat berasa tidak mendapat sokongan rakyat, khususnya Melayu, UMNO Bahagian Nibong Tebal sekali lagi menggunakan sekolah untuk menjayakan program haram mereka, iaitu JUARA RAKYAT. Kali ini majlis diadakan di SMK Jawi, Nibong Tebal.

Hadir sama menyokong program tersebut ialah Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Tarmizi Kamarudin. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab melaksanakan siasatan ala gensterism terhadap guru-guru di Pulau Pinang yang dianggap menyokong Pakatan Rakyat. Beberapa guru di daerah Seberang Perai Selatan juga dipanggil untuk disoal siasat. Ada diantara mereka telah dihukum dengan ditukar sekolah.

Tindakan ini merupakan satu kejayaan UMNO Pulau Pinang sebagai satu hukuman kepada guru-guru yang menentang mereka. Tapi malangnya yang menjadi barua dan talibarut adalah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Itu pun setelah Pengarah JPN diugut dan diberi kata dua agar mengikut telunjuk UMNO Pulau Pinang.

Beberapa guru yang ditemui menjelaskan bahawa mereka dipanggil hadir ke majlis tersebut oleh Pejabat Pendidikan Daerah Selatan. Guru-guru dipaksa membawa pelajar untuk mengambil bahagian dalam acara sukan (Bola Sepak dan Bola Jaring) berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Selatan. Rupa-rupanya semua sekolah yang hadir berasa tertipu kerana program tersebut bukanlah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan, tetapi oleh UMNO Bahagian Nibong tebal.

Ketua Pemuda Umno (Pengarah Program) menyebutkan dalam ucapan bahawa program ini adalah dengan kerjasama JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah SP Selatan dengan tema BELIA DAN SUKAN. Adun Sg Acheh (UMNO; Tim Ketua Bahagian) yang merasmikan program, menyatakan bahawa walaupun program ini di bawah tajuk belia, namun lebih banyak melibatkan kanak2 sekolah kerana kononnya mereka ini satu hari nanti akan menjadi belia juga.

Sebenarnya UMNO Nibong Tebal sudah tidak mampu menarik perhatian belia untuk hadir. Yang hadirpun tidak sampai 300 orang (itupun termasuk pasukan futsal dan bola jaring sekolah rendah dan menengah sekitar Nibong Tebal). Orang dewasa tak sampai 50 orang (itupun termasuk cikgu dan ibubapa peserta sukan). Para guru yang hadir melahirkan rasa kesal membawa peserta sukan kerana menyangka itu program PPD kerana PPD mengarahkan sekolah menghantar wakil....rupa-rupanya PPD dijadikan keldai tunggangan UMNO bahagian utk mendapatkan crowd......

kah kah kah mesti terkejut dengan tajuk kan ....kalau PR tak yah tunggu lama satu malaysia heboh ha ha ha ha ha ha ...


IKLAN:
Terbaru dipasaran Dapatkan semuanya disini-Ads1pos.com
Update facebook, twitter, Blog dengan hanya 1SMS....SenangSMS
Geostring Bukan G-String Kumpul USD..... JenamaOnline

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PR GUNA SEKOLAH UNTUK PROGRAM JUARA RAKYAT.."

Post a Comment

Close