:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::: PERKASA atau PERKASAM??


Ketua Wira PERKASA, Arman bersama isterinya


Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Hj Abu Hanifah


Arman ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan Umno PJU

Oleh: Pria Malaya

SALAM 1MALAYSIA......


Salam sahabat2 yg dikasihi dan dimuliakan.. Jumaat lalu PERKASA melalui ketua Wiranya Arman Azha Hj Abu Hanifah memberikan tempoh 48 jam kepada Timbalan setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun, Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam, akhbar Sin Chew Daily dan China Press kerana didakwa melabelkan mereka sebagai "perkauman".


Sehari lepas itu, Teng dan Low dilaporkan enggan tunduk kepada desakan NGO Melayu tersebut dan tetap mempertahankan kenyataan mereka bahawa perjuangan PERKASA bertentangan dengan gagasan 1Malaysia. Manakala kedua-dua akhbar Sin Chew dan China Press - dua akhbar berbahasa Cina berpengaruh - pula setakat ini tidak memberikan sebarang respons berhubung tuntutan itu.

Kini setelah tempoh yang diwar2kan itu tamat, tiada tanda-tanda Timbalan setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun, Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam, akhbar Sin Chew Daily dan China Press akan memohon maaf hatta menarik balik kecaman mrk keatas PERKASA dan mahathir...sebaliknya mereka berkeras dengan kenyataan dan pendirian mereka..

Namun yang melucukan, sedang MCA dan Gerakan berkeras dengan pendirian mereka, PERKASA yg sebelum ini terkenal dengan sikapnya seperti parti Umno, ekstrim dan pegangan asobiyah kebangsaan yang keterlaluan, AKHIRNYA mengaku kalah dan tunduk kepada MCA dan GERAKAN..tiada demontrasi, tiada perarakan, tiada makihamun, tiada aksi 'kencing' gambar, tiada aksi bakar patung, tiada laporan polis, tiada ISA dan lain2 sepertimana yang dilakukan terhadap DAP..yang mereka berani hanyalah menyerahkan sebuah buku Perlembagaan Persekutuan sebagai 'pengajaran'..

Nampaknya, barulah mereka tahu betapa langit tinggi atau rendah bila berdepan dgn sahabat2 dlm BN ini..jika dahulu mereka mengatakan PAS dan PR itu barua kepada DAP, nampaknya kini, PERKASA dan UMNO juga bolehlah dicop sebagai barua, kuda tunggangan, boneka MCA daN GERAKAN!!...dgn pembangkang (DAP) konon tunjuk 'berani', tetapi penakut/dayus/bacul dengan sekutu sendiri...akhir kalam, UMNO = PERKASA = RASIS = BARUA MCA/GERAKAN!!!!


Jom lihat kronlogi peristiwa antara PERKASA vs MCA/GERAKAN...


1. PERKASA tuntut MCA, Gerakan, akhbar mohon maaf
2. PERKASA umum tindakan terhadap MCA, Gerakan esok
3. Buta sejarah: Parti Cina dibekal 'perlembagaan'

Artikel berkaitan:
- PERKASA barua MCA: 'Berani' dengan DAP, tapi kecut/bacul dengan MCA dan Gerakan!

*kredit utk Bumiputra Berjaya


:: RUANG BICARA PRIA MALAYA

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to ":: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::: PERKASA atau PERKASAM??"

Post a Comment

Close