Kemaskini -Ekuiti Melayu Islam Bandaraya Kuala Terengganu Semakin Terhakis
KUALA TERENGGANU – Pelbagai maklumat yang terpaksa didedahkan kepada rakyat setelah tiga hari Sidang DUN Terengganu bersidang, sesi penggulungan di hari terakhir Khamis 8 April, lebih memeranjatkan.
Samada maklumat terdedah kerana pertanyaan dan asakan PAS sebagai pembangkang, wakil-wakil rakyat Umno turut ‘tumpang semangkuk’, bertanya kepada kerajaan samada sebagai suara dari DUN masing-masing atau meneruskan pertentangan kumpulan ‘Idris –Ahmad’.
Jawapan wakil kerajaan terus mendedahkan ke'bobokan' Exco Pembangunan Infrastruktur dan kemudahan Awam negeri, Yahaya Khatib Ali.
Soalan terakhir Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang juga ADUN Rhu Rendang bertanya, adakah kerajaan sedar jalan yang baru siap dari Chendering ke bandar Marang tidak rata dan beralun?
Soalan tersebut dijawab sambil lewa dan dengan nada kebudak-budakan.
"Ya, kerajaan sedar........ ia berombak dan sangat mengasyikkan,"kata Yahaya Khatib ketika menjawab.
Antara maklumat yang terpaksa didedahkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said, kerana diasak oleh wakil rakyat PAS adalah berkaitan pemilikan orang-orang Melayu Islam di bandaraya Kuala Terengganu.
Setelah diasak bertubi-tubi oleh ADUN Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, jawapan Ahmad mendedahkan pembangunan yang dilaksanakan di bandaraya ini menjadikan ekuiti orang Melayu Islam semakin mengecil dan berkurang.
Ia adalah kerana, beberapa projek pembangunan bandaraya Kuala Terengganu dimajukan dengan memberi pemilikan yang sedikit kepada orang-orang Melayu Islam.
Dr. Syed Azman meminta penjelasan, berapakah ekuiti, pemilikan hartanah bagi dua projek pembangunan di bandaraya Kuala Terengganu, iaitu pembangunan Paya Keladi 2 dan juga pembangunan hartanah di kawasan Cabang Tiga.
Ahmad Said, yang juga ADUN Kijal, cuba mengelak untuk memberi jawapan yang tepat, malah tidak langsung memberi jawapan tentang berpakah ekuiti pemilikan Pembangunan Paya Keladi 2.
Beliau yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Exco Kerajaan Tempatan negeri berkata, dasar pembangunan didalam bandaraya Kuala Terengganu telah ditetapkan, orang-orang tempatan akan ditawar hartanah kawasan tersebut, apabila sesuatu kawasan tersebut dibangunkan.
Namun begitu, katanya, Pembangunan yang sedang dilaksanakan di kawasan Cabang Tiga, apabila siap kelak, pemilikan yang ditentukan adalah 50/50, iaitu 50% untuk orang Melayu dan 50% untuk bukan Melayu.
"Mana boleh, Cabang Tiga adalah kawasan majoriti orang Melayu, mana boleh 50/50,"bantah Dr. Syed, dan beliau terus mengasak supaya Ahmad Said menjadi 'panas' dan meninggikan suara, serta mengungkit perkara-perkara lain yang tidak berkaitan.
Dr. Syed dalam Majlis Ceramah Isu-isu Sidang DUN semalam, tetap menegaskan pendiriannya mendakwa kerajaan negeri Terengganu masakini, dalam mengejar projek-projek untuk diri sendiri dan kroni, meminggirkan orang Melayu Islam, dan menghambat mereka keluar dari bandar Kuala Terengganu.
Ketika ditemui selepas ceramah dan ditanya, adakah projek pembangunan Paya Kladi 2 dan Projek Pembangunan Cabang Tiga dibuat pada zaman bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh, beliau menjawab, "tidak semuanya dirancang dan dilaksanakan dalam zaman Dato' Ahmad Said menjadi Menteri Besar,".
Kembali lagi untuk berita lanjut………..
0 Response to "Maklumat Yang Memeranjatkan Mengakhiri Sidang DUN"
Post a Comment