KITA sudah jangkakan kematian Altantuya, Teo Beng Hock dan Kugan yang akhirnya boleh di kategorikan sebagai 'macam mati katak'. Tiada untung ruginya kepada Kerajaan dan Negara. Mereka mati pun tidak menguntungkan dan hidup pun tidak membongkar sesuatu kerugian. Kenapa mereka mati? Kerana terdapatnya sesetengah individu yang tidak suka mereka hidup lagi.
Pasal Anwar Ibrahim, berbagai tortures "tekanan batin" yang beliau terima semasa hidupnya.. Andainya Altantuya, Teo Beng Hock dan Kugan di hidupkan dari mati pun mereka tidak sanggup untuk hidup sekali lagi seandainya mereka tahu nasib mereka akan bersamaan seperti insan yang bernama Anwar Ibrahim. Sebab itu Anwar kalau mati jadi WIRA semasa hidupnya beliau di pesona. Gigihnya semangat waja sebagai pejuang bangsa dan Negara. Matinya pun ditaburi bunga raya.
Tuduhan liwat yang Anwar hadapi bukanlah satu isu yang baru dan bukanlah suatu perkara yang pertama kali berlaku, sebaliknya ini ialah kali yang kedua selepas percubaan pertama agak gagal dan mendukacitakan Kerajaan UMNO dibawah Mahathir.
Lantas Anwar Ibrahim di aibkan, dihina, di tuduh dengan berbagai tuduhan, dikeji, dicerca, ditangkap, dicederakan sehingga mata lebam hampir buta. Isteri dan anak anaknya diaibkan dimata masyarakat. Kalau isteri dan anak anaknya bukan seorang Islam, mereka sudah lama ambil jalan singkat. Bukan ditingkat 15 bangunan SPRM, tapi dibangunan KL Tower dan satu persolan akan timbul, "Ini salah siapa? Ini dosa siapa? Jawabnya ada dihati anda."
Ikut fikiran logik, kes liwat Anwar akan berakhir dimana? Bukan juga dipenjara Sungai Buluh. Semua rakyat tahu sebelum Hakim Hakim Malaysia memberi keputusan "rumah sementaranya diSungai Buluh". Sebab rakyat pun tahu fungsi fungsi hakim Malaysia seperti satu cerita purbawara "correct correct correct". Ia telah dijadikan jenaka oleh dunia. Dunia ketawa melihat kita.
Kes liwat Anwar Ibrahim, tidak akan berakhir di Penjara Sungai Buluh sahaja. Salah kalau ada para pemimpin UMNO menganggap bila Anwar Ibrahim dipenjara akan berakhirlah pengaruh Anwar Ibrahim dalam sejarah politik Malaysia. Banyak lagi cabaran demi cabaran yang hebat hebat akan para pemimpin UMNO hadapi kerana rasa simpatinya rakyat Malaysia atas derita yang ditanggung oleh Anwar Ibrahim selama ini.
Kali ini bukan ikut senario 1998 tapi ikut senario 2010 dimana generasi muda kini sudah bisa berfikir dan sudah bisa mengundi. Generasi muda hari ini fikiran mereka tidak mudah dikongkong dan mereka bebas memberi keputusan sendiri dalam PRU13 nanti.
Kerajaan UMNO nak guna kuasa mahkamah pun rakyat sudah tahu? Fungsi mahkamah nak ikut cakap siapa?. Tidak elok mengheret mahkamah kemedan politik. Lebih baik gunakan kuasa sendiri kerana sendiri ada punya kuasa. Heret sahaja Anwar Ibrahim ke padang Dataran Merdeka ikut cara "wayang cowboy”. Buat pesta ramai ramai. Jemput semua Ahli Ahli Kabinet, Ketua Polis Negara dan kroni kroni semua. Tembak sahaja Anwar Ibrahim sampai mati. Tutup cerita.
Ikut formula George Bush di Iraq. Gantung sahaja Sadam Hussein sampai mati. Iraq akan aman damai hingga hari ini. Ituuu Negara Iraq dah amankan? Kerana Sadam Hussein sudah mati digantung Negara Iraq pun aman damai hari ini walaupun AMAN tidak pernah wujud dalam kehidupan rakyat Iraq. Kalau formula George Bush lah yang membawa perdamaian dinegara yang bergolak itu, kita fikir orang yang berfikiran begitu bukan sahaja 'senile' tapi gila diluar kawalan.
0 Response to "KedahLanie..!!: TEMBAK SAHAJA ANWAR IBRAHIM BARU SEMUA PUAS.."
Post a Comment