KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 10 April ini untuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi PRU13.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu kenyataan di sini berkata, selain itu, pihaknya akan menetapkan tarikh pengundian awal dan menentukan daftar pemilih pilihan raya umum itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lepas bagi memberi laluan PRU13 diadakan.
0 Response to "SPR tentukan penamaan calon, mengundi 10 April"
Post a Comment