PANAS! Najib Razak Tidak Layak Jadi Ketua Pembangkang!

Kuala Lumpur - by @tiewnama
ketika Dr @tiewnama berjalan bersama Profesor @erapasca untuk mencari sedikit
makanan buat mengalas perut, kami telah berhenti di sebuah kedai di bawah sebuah
jambatan bertingkat.

ketika sedang makan, maka kedengaranlah bisik bisik politik dari beberapa meja berhampiran
dengan kami, kami hanya diam membisu seribu bahasa saja mendengar celotehan serta politik
kedai kopi mereka. sedang kami makan sambil mengenakan secawan air neskafe, maka 
datanglah seorang yang tidak di kenali menerjah kami yang sedang makan.

tujuan bro yang menerjah kami itu adalah kerana dia melihat di atas meja kami ada 2 biji vapoo
atau rokok berperisa letrik yang telah di haramkan oleh kerajaan kerana tiada cukai. jika adanya
cukai maka benda yang haram juga wajib menjadi halal, itulah kerajaan kita sekarang iaitu
kerajaan Barisan Nasional yang bakal menjadi kerajaan HARAM sedikit masa lagi.

berbalik kepada tajuk asal di atas, bro itu menegur kami, kami pendekkan cerita di sini buat
semua pembaca. berikut perbualan kami bertiga ketika itu. untuk pengetahun, bro itu 
bekerja berhampiran situ.

Bro - cantik benda ni, ok ke hisap benda ni?

Dr @tiewnama - boleh lah bro, jimat kos dan dapat berenti hisap rokok

Bro - baguslah, rokok mahal, benda ni murah sikit, tapi kerajaan kita marah.

Prof @erapasca - kenapa pula kerajaan marah?

Bro - sebab tak dapat cukai, kalau dapat cukai dari haram jadi halalan toyiban 
haha (ketawa).

Dr @tiewnama - oh macam tu ye? mungkin untuk jana ekonomi negara, kerajaan tak dapat
cukai, rokok jadi kurang orang beli, mungkin sebab itu kerajaan kata rokok ni haram.

Bro - bukan macam itu, sebenarnya kerajaan kita sekarang ni kutip cukai itu ini, 
bukan untuk rakyat, tapi untuk anak beranak mereka, untuk kaum keluarga mereka, 
untuk kepentingan mereka.

Prof @erapasca - bukan untuk pembangunan ke? kan PM Najib Razak cakap macam tu?

Bro - dia cakap dalam tv lain, keadaan sebenar lain, dia belakon saja hari hari, 
sampai naik menyampah saya tengok muka dia hari hari dalam tv, tambah tambah 
muka rosmah

Prof @erapasca - itukan satu strategi Najib untuk yakinkan penyokong BN kan?

Bro - memang lah, tapi yakin, yakin, tak juga berani bubar parlimen, 
maknanya tak yakin la tu, yakin dari sudut mulut, tapi dalam hati?

Dr @tiewnama - mungkin belum dapat ilham lagi agaknya?

Prof @erapasca - Najib mungkin nak buat sejarah autobubar kot?

Bro - haha (ketawa) najib tahu dia akan kalah, dia yakin dia akan kalah, dan dia juga 
yakin kalau dia kalah, bukan saja kerusi ketua pembangkang dia kena undur, dengan 
kerusi presiden sekali dia kena undur.

Dr @tiewnama - hingga begitu sekali?

Bro - sudah pasti, saya yang tak pandai politik ni pun nampak macamana sokongan 
rakyat sekarang, takkan anak berdua tak nampak?

Prof @erapasca - jika macam tu Najib nak duduk kerusi mana lepas pru 13 ni?

Bro - rasanya Najib akan duduk kerusi letrik, tak pun kerusingan (kerungsingan)

Dr @tiewnama - kahkahkah (ketawa)

Prof @erapasca - wakakakaka (ketawa)


Erapasca.com

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PANAS! Najib Razak Tidak Layak Jadi Ketua Pembangkang!"

Post a Comment

Close