PAS lancar Pusat Media hari ini


(Ustaz Hadi melancarkan Pusat Media PAS hari ini)

KUALA LUMPUR: PAS melancarkan Pusat Media nya hari ini yang terletak di tingkat bawah Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Ia dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini. Hadir sama adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
(Datuk Mustafa berucap mengalu-alukan kedatangan wartawan)

Pusat media yang boleh memuatkan 50 wartawan dan jurugambar serentak itu menyediakan pelbagai kemudahan untuk kemudahan wartawan menjalankan tugas.

Ia termasuklah wifi percuma yang boleh digunakan oleh 30 komputer serentak di samping kemudahan-kemudahan yang lain.

"Mulai hari ini, Pusat Media PAS ini akan menjadi tempat kita membuat sebarang sidang media di Kuala Lumpur ini," kata Ustaz Hadi dalam sidang media sebelum melancarkan pusat itu.

Lebih 50 wartawan dan juru gambar memenuhi ruang itu hari ini dalam sidang media pertama yang dibuat oleh Presiden PAS itu.

harakahdaily/-

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS lancar Pusat Media hari ini"

Post a Comment

Close