Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Mengumumkan pembubaran Parlimen sebentar tadi bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dilangsungkan.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari. Najib, yang mana gabungan dipimpinnya berkemungkinan berhadapan dengan cabaran terbesar dalam pilihan raya kali ini selepas 56 tahun memerintah, dijangka akan menggunakan televisyen untuk mengumumkan pilihan raya, menurut dua sumber dalam kerajaan kepada Reuters.
Pilihan raya dijangka akan diadakan pada penghujung April.
Gabungan Barisan Nasional (BN) Najib hilang majoriti tradisi dua pertiga di parlimen buat pertama kali pada pilihan raya 2008 dan berhadapan dengan gabungan tiga parti yang diketuai oleh bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terkini, perdana menteri sedang mengadakan mesyuarat mingguan kabinet seperti biasa di Pejabat Perdana Menteri menurut sumber memetik pegawai jabatan tersebut.
Jam 11.30 pagi nanti, satu pengumuman khas yang akan disiarkan secara langsung ke seluruh negara oleh perdana menteri TERAKHIR dari Barisan Nasional (BN), Najib Altantuya akan dibuat, dipercayai bagi mengumumkan perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan parlimen ke-12.
Bagaimanapun, TV3 dengan secara 'tidak sengaja' telah mengeluarkan satu mesej di Twitter yang menyatakan bahawa Najib Altantuya akan mengadakan siaran langsung pembubaran parlimen jam 11 pagi.
@buletintv3: Pengumuman pembubaran parlimen sebentar lagi. Saksikan live #GE13 #PRU13
Pagi tadi, Najib Altantuya sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara jam 8.25 pagi dan keluar jam 9.10 pagi.
Wartawan dari seluruh dunia termasuk CNN dan BBC sudah menunggu bersama-sama wartawan asing lain bagi membuat liputan terkini sebentar lagi.
Sementara itu, khabar kurang baik menjelang pengumuman pembubaran parlimen apabila indeks Bursa Malaysia menjunam 1.79 peratus atau lebih 22 mata kepada 1,662.29 setakat jam 10.45 pagi tadi.
Ini menandakan pelabur asing sudah mula menarik keluar pelaburan mereka dan menjauhi pasaran saham tempatan dan memindahkannya ke Singapura dan Hong Kong, reaksi negatif terhadap pembubaran yang bakal diumumkan.
Dalam pada itu, Ketua Pembangkang yang juga BAKAL Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam satu mesej di akaun Facebooknya seakan menyindir Najib Altantuya dengan mengatakan Pakatan Rakyat sudah lama bersedia untuk menghadapi BN!
0 Response to "PECAH BERITA! AKHIRNYA PARLIMEN DIBUBAR..!!!"
Post a Comment