PRO REFORM: Polis hentikan sambutan ulangtahun Pakatan

PRO REFORM: Polis hentikan sambutan ulangtahun Pakatan

Satu kekecohan berlaku sebentar tadi apabila polis cuba menyuraikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua, Pakatan Rakyat di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Lebih seribu penyokong yang menghadiri upacara berkenaan berang dan melaungkan slogan 'reformasi' sambil bertakbir. Beberapa penyokong juga mencerca polis yang cuba mengaggalkan ceramah yang sedang mereka ikuti.

Antara pemimpin Pakatan yang hadir ialah Menteri Besar, Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan naib presiden PAS, Mahfuz Omar. Turut dijadualkan berucap pada malam ini ialah Ketua Umum, PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun beliau dilaporkan masih belum tiba.

Lebih 20 anggota polis bersama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tiba kira-kira jam 9.00 malam dan terus menyerbu pentas ceramah ketika naib presiden PKR, azmin Ali sedang berucap.

(malaysiakini)

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PRO REFORM: Polis hentikan sambutan ulangtahun Pakatan"

Post a Comment

Close