'Perang' fesyen: Siapa menang? - Malaysiakini

Dalam keadaan malu-malu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menafikan wujudnya 'perang fesyen' antara beliau dengan anak bekas perdana menteri Mukhriz Mahathir.

harpers bazaar klue muhkriz khairy 190310“Tidak, tidak (ada perang). Pakaian ini (berdasarkan) apa yang selesa dan apa yang sesuai dengan keadaan. Saya selalu tidak fikir panjang lebar tentang apa yang saya hendak dipakai pada hari itu.

“Cuma saya melihat pada jadual, kalau saya hendak pergi ke sekian majlis yang memerlukan pakaian kebangsaan, batik, sut, saya akan pakai ikut kesesuaian dan keselesaan,” katanya yang berulang kali ketawa apabila mengulas perkara itu.

Khairy diminta mengulas penyertaan beliau dan Mukhriz - yang pernah merebut jawatan nombor satu dalam Pemuda Umno - dalam majalah gaya hidup dan fesyen kebelakangan ini.

Mukriz harpers bazaar klue muhkriz khairy 190310bulan ini tampil dengan gaya korporat - berkemeja dan bertali leher - dalam majalah remaja dan gaya hidup popular KLue.

Diperkenalkan sebagai “rakyat Malaysia yang pendiam” (the Quiet Malaysian), Mukriz bercerita dengan pendirian dan pengalaman politiknya sebagai anak Tun Dr Mahathir Mohamed.

Manakala Khairy pula pada tahun lalu pernah tampil ala model - dengan gaya kontemporari - dalam majalah fesyen dan gaya hidup terkenalHarper's Bazaar dan bercakap soal politik, keibubapaan dan kontroversi yang membelenggunya.

Kedua-dua Khairy dan Mukriz dilihat sentiasa bersaing bagi mendapat tempat dan meraih populariti dalam sayap kanan Umno. Lebih-lebih lagi apabila kedua-duanya masing-masing mempunya pertalian rapat dengan dua perdana menteri sebelum ini.

'Janggut pun dah beruban'

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di pejabatnya di Bukit Damansara semalam, Khairy berkata beliau tidak percaya dengan politik yang menggunakan fesyen bagi menonjolkan personaliti masing-masing.

“Ini politik yang sangat ceteklah,” katanya ringkas dalam wawancara penuh ceria itu.

harpers bazaar klue muhkriz khairy 190310Sebagai ketua kepada kira-kira 200,000 anggota pergerakan itu, Khairy juga kelihatan malu-malu apabila bercakap soal citarasa fesyennnya.

“Apa yang saudara lihat, inilah yang saya pakai,” katanya yang keberatan mengulas perkara tersebut.

Beliau sebelum itu sempat berseloroh, diikuti dengan ketawa besar: “Kamu dari Malaysiakini, saya tidak percaya kamu tanya soalan ini.”

Dalam sesi tersebut, ahli parlimen Rembau - yang sebelumnya bergegas daripada parlimen - tampil dalam pakaian formal dengan sut kelabu dan bertali leher warna gelap.

Menantu Tun Abdullah Badawi itu juga menjelaskan, pembinaan imejnya merupakan sesuatu yang tidak pernah dirancang.

“Saya tidak fikir pada perkara ini pun. Kalau tengok janggut saya pun dah beruban. Dari segi imej ini tidak adalah apa-apa yang saya rasa terancang, biasa sahaja," katanya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "'Perang' fesyen: Siapa menang? - Malaysiakini"

Post a Comment

Close