Gempar : Zahrain Mintak "Dato` Seri dari Komunis".......

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT: Gempar : Zahrain Dedah Nama 8 Ahli Parlimen BN Yang Sepatutnya Lompat Parti


R: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim hari ini terus menggemparkan persidangan Dewan Rakyat apabila beliau menamakan lapan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa oleh Pakatan Rakyat (PR) akan melompat parti dalam percubaan mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.
Mereka ialah wakil rakyat Kalabakan (Datuk Abdul Ghapur Sallehs), Kimanis (Datuk Anifah Aman), Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin), Tawau (Dr Chua Soon Bui), Sepanggar (Eric Majimbun), Batu Pahat (Datuk Dr Puad Zakarshi), Jerantut (Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar) dan Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah).
Zahrain memberitahu dewan, beliau mula berasa kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila ketamakan kuasa dan keutamaan diri menjadi keutamaan dalam percubaan merampas kuasa itu.
Dan apabila Timbalan Yang Dipertua, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bertanya siapakah timbalan yang dipertua dewan yang dimaksudkan oleh Zahrain sebagai sebahagian daripada mereka yang akan melompat parti menyertai pembangkang pada 16 September 2008, Zahrain dalam nada menyindir berkata; “YB Timbalan Yang Dipertua pun tahu siapa dan saya pun tahu siapa.”

Zahrain meneruskan ‘pembalunannya’ dengan menyelar para pemimpin PR terutamanya Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali yang berkata, proses pembersihan dalam PKR kini telah selesai dengan tiadanya lagi pemimpin-pemimpin sepertinya.
“Hakikatnya, saya ingin tegaskan di sini, bahawa Tuhan yang telah melakukan proses pembersihan dalam PKR dengan membuka hati kami untuk meninggalkan parti itu dan apa yang tinggal di dalam parti itulah yang penuh dan bergelumang dengan najis,” ujarnya.
Beliau menasihati Syed Husin supaya membaca buku ‘Shit’ oleh sasterawan negara, Profesor Emeritus Datuk Shanon Ahmad untuk memahami dengan lebih lanjut apa yang beliau maksudkan.
“Dan hari ini, di dalam dewan yang mulia ini, saya ingin mendedahkan pekung di dalam PKR supaya rakyat mengetahui permainan politik sebenar PKR,” katanya.
N. Gobalakrishnan (PKR - Padang Serai) lantas bangun dan mencelah dengan menuduh Zahrain sebagai hipokrit besar dan pengkhianat.
Wan Junaidi kemudiannya menegur Gobalakrishnan supaya tidak memanggil ahli dewan yang lain dengan perkataan ‘kamu’ dan ‘pengkhianat’. Tian Chua (PKR-Batu) kemudiannya bangun dan mengeluarkan sepucuk surat yang ditulis oleh Zahrain kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang memperlihatkan bahawa selepas insiden kegagalan 16 September 2008, beliau (Zahrain) masih menunjukkan keyakinannya kepada kepimpinan PR tidak seperti yang disebut di dalam dewan hari ini.
Kata Tian Chua, jika benar selepas 16 September Zahrain telah hilang keyakinan kepada PR, kenapa dalam sepucuk surat bertarikh 8 Jun 2009 yang ditulis kepada pucuk pimpinan negeri, Zahrain mencadangkan Majlis Kepimpinan PR Pulau Pinang patut bertemu sekurang-kurangnya sekali sebulan supaya kepimpinan negeri boleh berbincang dan berinteraksi di antara satu sama lain dengan lebih baik.
Tian Chua juga mendakwa, di dalam suratnya itu, Zahrain turut mencadangkan supaya Guan Eng yang mempengerusikan mesyuarat tersebut.
“Orang yang beliau cadangkan supaya mempengerusikan mesyuarat PR itulah yang beliau tuduh sebagai seorang berfikiran komunis, cauvanis dan berfikiran sempit,” tegasnya.
Beliau kemudian terus membaca isi kandungan surat itu yang berbunyi: “Berhubung pengesahan anugerah gelaran Datuk Seri, saya (Zahrain) ingin menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan saya ke atas TYT (Tuan Yang Terutama) Gabenor kerana bersetuju untuk memberikan anugerah ini dengan sokongan saudara (Guan Eng).”
“Bagaimanapun saya difahamkan, TYT juga turut mencadangkan agar saudara juga menerima anugerah yang sama tetapi saudara telah menolaknya dan TYT kemudian mencadangkan agar anugerah itu diberikan kepada ayah saudara, Lim Kit Siang yang telah banyak berjasa kepada negara.
“Dan sebagai tanda hormat kepada TYT, saya hanya akan menerima anugerah Datuk Seri ini sekiranya ayah saudara turut bersetuju menerimanya.
“Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya berhasrat untuk bekerja dengan lebih rapat dengan saudara dan mengekalkan hubungan yang ikhlas serta mengukuhkan persaudaraan di antara kita. Saya juga memandang ke hadapan untuk meneruskan kerjasama yang baik ini.”
Tian Chua kemudian berkata, kandungan surat itu dengan jelas menunjukkan yang Zahrain bersetuju untuk menerima anugerah dan gelaran ‘Datuk Seri’.
Zahrain kemudiannya mempertahankan dirinya dengan berkata surat itu bukanlah untuk beliau memohon gelaran itu untuk dirinya.Mstar

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Gempar : Zahrain Mintak "Dato` Seri dari Komunis"......."

Post a Comment

Close