PR Perak Kalah 2-1~Malaysiakini


Perjuangan belum selesai... teringat kata-kata mantan PM Tun Che Det.Sememangnya belum selesai, jadi bukannya masa untuk berehat-rehat.Terutama di Perak sekarang ni apa dah jadi masuk satu keluar dua.... memang sinis kenyataan Pak Tajol bahawa permainan baru bermula kerajaan PR Perak baru dapat satu gol... jangan leka, pertahanan perlu kemas kerana Bik mama tak suka.... lima hari hilang bukan pekara biasa dah boleh buat laporan Polis.Kalau tak silap ada keyataan bersumpah sebelum ini berkenaan dgn abg Jib mengamalkan manderem apabila ingin mendapat sesuatu hajat.... bukan taksub dengan pekara tahyul tapi itu adalah ikthiar dia dan sesungguhnya Allah makbulkan kesunguhan Hambanya berdoa samada untuk keburukan atau kebaikan...... apa dah jadi dengan akuan bersumpah tersebut....?

Petikan Ulasan Oleh Ahmad Lutfi Othman dari harakahdaily.net

Kejutan politik di Perak

Malaysiakini juga melaporkan, desas-desus mula bertiup kencang bahawa kedua-dua Exco berkenaan, Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu berada di Pekan, Pahang dalam usaha berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Razak di kediamannya. KeADILan Perak juga mendakwa Najib sedang berunding dengan mereka agar menyertai BN, termasuk untuk menggugurkan kes rasuah terhadap mereka yang ditahan Ogos tahun lalu.

Saya cuba mengambil sikap tunggu dan lihat. Tidak semudah itu suasana politik bertukar. Dan tidak semudah itu juga kerajaan Perak bertukar tangan memandangkan mood rakyat untuk melihat perubahan dilaksanakan cukup kuat. Apa pun dalam politik segalanya serba mungkin.

Sepantas kilat teringat saya usikan seorang kawan lima bulan lalu ketika semua sibuk berbicara soal ura-ura peralihan kuasa 16 September. Katanya, "Anwar kena cepat usahakan agar ahli-ahli Parlimen BN menyeberang ke Pakatan Rakyat untuk tubuh kerajaan baru. Nanti, bila Najib jadi PM, dia akan bertindak agresif berusaha membeli wakil-wakil rakyat Pakatan pula." Read more...

Apa yang berlaku Semalam...

Adun Bota diraikan 50,000 rakyat

[...]Beliau bersama isterinya dengan wajah gembira disambut kehadirannya oleh Ketua Pembangkang di Parlimen, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya rakyat Bota serta ahli Pakatan Rakyat yang membanjiri seluruh tapak padang di stadium tersebut, meraikan kemunculan julung kalinya berceramah dalam Parti Pakatan Rakyat.

Beliau menjelaskan bahawa kemasukkanya ke dalam Pakatan Rakyat bukan disebut "melompat" tetapi lebih wajar dipanggil "hijrah" ke dalam Pakatan Rakyat.
Read More....

Apa yang akan berlaku Esok....?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PR Perak Kalah 2-1~Malaysiakini"

Post a Comment

Close