Kami sudah atur strateji dan akan umumkan tidak lama lagi - Nizar~Malaysiakini


IPOH -Kerajaan negeri Pakatan rakyat di Perak mempunyai strategi tersendiri untuk menangani kemungkinan UMNO sudah mengumpan dua ahli EXCO parti keadilan rakyat yang mengadapi tuduhan rasuah.

Ketika di tanya kemungkinan Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk diadakan pilihanraya negeri, Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata pihaknya sudah mengatur strateji dan akan mengumumkannya pada waktu yang sesuai.

Beliau berkata sehingga sekarang ADUN PKR Behrang Jamaluddin Mat Radzi and Osman Jailu, wakil rakyat Changkat Jering belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai spekulasi mereka menyertai BN.

Pakatan Rakyat mempunyai 32 kerusi di Dewan Undangan nengeri berbanding 27 untuk BN.

Jika UMNO berjaya memancing dua ADUN PKR itu, BN akan mempunyai 29 kerusi, kurang satu berbanding Pakatan Rakyat.

Nizar berkata UMNO sedang menggunakan “strateji jahat” untuk cuba menggulingkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Dipercayai dua ADUN PKR itu ditawarkan gula-gula politik termasuk akan dilepaskan daripada tuduhan rasuah jika mereka menyertai BN. Perbicaraan mereka bermula pada 10 Febuari ini. Baca Seterusnya.... Perakexpress

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kami sudah atur strateji dan akan umumkan tidak lama lagi - Nizar~Malaysiakini"

Post a Comment

Close