Sudahkah anda membayar zakat fitrah anda, cepat lakukan segera kiranya anda masih ingat kot nanti terlupa, disamping yang wajib jangan dilupakan juga yang sunat bersedekah lah kepada yang tidak senasib dengan kita untuk menyambut aidilfitri yang bakal tiba nanti semoga madrasah Ramadhan dapat mendidik kita untuk turut merasai keperitan para fakir miskin.
Salam Eidulfitri Dari saya dan keluarga maaf zahir dan batin buat pengunjung blog saya dan juga muslimin dan muslimat seluruh dunia.
Orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah Taala tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.
Tazkirah Ramadhan.
Bersedekah membawa keberkatan dan kemuliaan
Hadith:
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: "Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya". (Riwayat Muslim)
Huraian
1. Orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah Taala tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.
2. Keampunan yang diberikan oleh Allah keatas hambanya adalah semata mata sebagai suatu kemuliaan Allah kepadanya.
3. Hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan bersifat tawadduk serta rendah diri akan diangkatkan darjatnya.
4. Islam menggalakkan umatnya sepaya rajin bersedekah. Bagi orang-orang yang kaya hendaklah membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah dengan memberi sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan.
sumber asal mStaronline
0 Response to "Peringatan: Sudahkah anda membayar Zakat Fitrah ?"
Post a Comment