Khamis September 25, 2008
KUALA KRAI: Polis Kelantan mengenal pasti 20 jalan di 10 daerah di negeri itu yang berisiko berlaku kemalangan.
Ini berdasarkan kepada pemerhatian daripada statistik kemalangan khususnya pada musim kerayaan, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi kepada Bernama.Daerah dan jalan yang berkenaan ialah:
+ Kota Baharu Jalan Kuala Krai-Peringat-Melor, Jalan Pengkalan Chepa, Jalan Kota Baharu-Kuala Krai dan Kilometer 1-Nilam Puri.
- Pasir Mas Jalan antara bulatan Lemal ke Rantau Panjang dan Jalan Pasir Mas-Tanah Merah.
-Tumpat Jalan Kota Baharu-Pengkalan Kubor dan Jalan Kota Baharu-Tumpat.
-Tanah Merah Kilometer 47 hingga kilometer 76 Jalan Machang-Jeli.
-Jeli Jalan Jeli ke Kuala Balah dan Lebuh Raya Timur Barat.
- Machang Kilometer 26.6 hingga kilometer 45 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai dan Kilometer 45 hingga Kilometer 53 Jalan Machang-Telekong.
- Pasir Puteh Kilometer 28 hingga Kilometer 51 Jalan Kota Baharu-Jerteh.
- Bachok Jalan BachokBeris Kubor, Jalan Bachok-Jelawat dan Jalan Tawang-Kedai Lalat.
- Kuala Krai Kilometer 58 hingga Kilometer 107 Jalan Kota Baharu-Gua Musang.
- Gua Musang Kilometer 1.74 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dan Kilometer Satu hingga Kilometer 21 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis.
Menurut Abdul Rahim, walaupun banyak jalan tidak disenaraikan, itu tidak bermakna pengguna boleh memandu dengan cuai dan melanggar peraturan lalu lintas.
"Memanglah keadaan jalan yang berliku, berselekoh dan berbukit mungkin antara faktor berlakunya kemalangan, namun pada dasarnya jika pengguna jalan raya itu berhatihati, kemalangan dapat dielak," katanya. BERNAMA
0 Response to "20 jalan di Kelantan risiko kemalangan"
Post a Comment